klik2

Sunday, November 20, 2016

assalam
bismillah



malam ni sambut birthday kakak mina yang ke 7.. malam ni jugak mak dan bak buat mesyuarat blok untuk hari pernikahan acu ma.

aliq waktu ni sedang tdo dalam buaian, sian dia tak dapat sekali meraikan birthday kakak. takpelah next time okay aliq.. lagi pun aliq tak leh makan kek lagi.

tu masing2 pegang anak dara masing2 dari kakak ipar, aku mak yang, andak dan anjang. achuma tak de lagi la...

maybe next year , itu pun kalau dai dapat baby girl ekekeke...

nak cerita sikit pasal semalam lah, sedih hati ibu sebab semalam dah start antar aliq ke rumah pengasuh. ibu chah huhu... s
seperti antar kakak surfina dulu la rasanya tapi yang ni lagi sedih sebab tahu dia ada nakal sikit :P

tapimemandangkan pengasuh nya ibu chah kata okay jer .. alhamdulillah biasalah baru2 lagi nak serasi.

Tuesday, November 8, 2016

jahitan

assalamualaikum

lupa nak bagi tahu jahitan masih ada yang belum gugur terutama di area perinium masih kukuh tali tangsi dia... tapi kat tempat lain dah gugur dan mereput.. bertabahlah ibu... so jalan pun masih tak laju2 lagi masih mantain lagi perempuan melayu terakhir :)

enjoyberpantang untuk beberapa hari lagi :P

41 hari

assalamualaikum

hari ni kami gi segamat bertiga.. alhamdulillah aliq okay jer nangis jer lah nak susu.. yang lain tu tdo jelah.. boleh la main2 kejap pastu banyaknya tdo... kalau lama lagi melalak lah dia.. asal kereta berhenti mulalah episod nak melalak huhu bertabahlah ibu. kalau time nak berak menangis sakit perut.

ada time nak kentut pun menangis alahai sabar jelah. sebab itu ibu takut kalau tinggal sorang2 tak de orang yang boleh tenangkan dia. keran terlalu senang kembong jadi berpantang kali ni tidak berapa nak enjoy... cuma kalau time perut dia okay tido dia alama dan okay juga.. hati ibu berbunga2 sangat kalau aliq bagi kerjasama yang baik.. aliq anak bijak dan soleh.

40 hari

hari ni dah masuk 40
hubby masak ayam yang kami ternak sendiri no cucuk ubat hormon bg ayam besar... so rasa dia lain manis sangat. hubby masakkan ayam sedap sekali rasa kenyang tuhan jelah yang tahu. selama ni makan ikan dapat rasa ayam sangat nikmatnya.


alhamdulillah

kembong

dah lama atk update pasal si kecik sebab no time to write asyik berkepit jer dengan dia
si aliq suka sangat kembong entah apa sebabnya...nak kata pemakanan ibu.. aku hanya makan sawi ikan bakar kerisa dan nasi putih... sesekalli mak bagi ikan bilis rebus dan pegaga serta lada hitam...bertabahlah ibu

Friday, October 21, 2016

24 hari




assalamualaikum

beberapa hari tak update pasal aliq..
nak bagi tahu jahitan yang kat atas dah tercabut..
manakala jahitan kat perinium masih belum tercabut lagi sebab berpintal2 dan ada tali tangsi yang mencucuk2  anu
seksa betul
nak berjalan rasa bergesel2

kenapa la tak di potong pendek sikit ,,, bila luka kecut benang tu tercacak dan bila berjalan mulalah mencucuk dinding kat situ.

24 hari dah 6 hari lagi khaliq  dah kena cucuk 30 hari. bertabahlah wahai ibu.

hari ni ayah kesayangan dah pergi kerja. so ibu tak de pembantu yang boleh menolong ibu dan teman nak pasing aliq.. kalau tak ibu ada jugak orang nak teman dan pegang aliq sekejap.

malam tadi performen aliq okay lah cuma pagi ni agak meragam sikit sebab biasanya waktu begini aliq.

mungkin angin sebab kepala khaliq selalu tak tutup agaknya. 

ibu okay jer boleh poo poo semalam ibu dah hari ni belum lagi. tapi takut jugak nak meneran alahai

hari ni jumaat , mak buat bacaan yassin dan jugak fardhu ain untuk geng penolong ketua block. hari ni turn mak yang kena handle sian mak pepagi dah bz nak buat itu ini.

okay nak berhat dulu nanti boleh sambung lagi esok lusa hehehe...

eh lupa 16 hari tu ibu ada masuk pertanding buat caption.. tak sangka leh menan rm100 ( dpt 4 pad avail siang dan 4 pad malam ) alhamdulilah rezeki baby :)




24 hari penuh dengan ragam dia.. tak mo tdo mlm ... merengek air susu tak banyak 
asyik nak minum air susu yang banyak jer bila sikit mulalah merajuk bagai.

tak sangka menang la pulak.. alhamdulilah.



Sunday, October 16, 2016

18 hari

assalamualaikum

hari ni dah hari ke 18 kejap jer rasa. hari ni sabtu mak gi pekan melawat mak mertua dia, manakala ayah si kecik gi melawat alongijlal bersama qoid dan kakak.

ibu dan aliq tinggal kat rumah.. aliq mcm malam hari  tu tak cukup susu.. badan dah tua tu yang tak cukup susu tu. pulak asyik fikir tak nak bagi susu badan sebab sakit belakang uratbelakang menarik2 sampai rasa nak demam... lagi

hari ni hari bosan ibu sebab ayah tak de. tak de orang nak pasing baton hehehe. penat menjaga si aliq ni banyak sgt karenah dia.. tapi malam tadi lepas dapat sebotol susu dia tdo lena sangat sampai susu ibu pulak yang bengkak.

hari ni ibu terpaksala melayan hindustan sambil menghabiskan masa yang ada. sungguh bosan bila tak de orang nak berborak dengan kita. pulak tu kena renyahh sebab bangun duduk bangun duduk nak menyusukan si aliq ni. perut dan jahitan masih terasa sakit.




Monday, October 10, 2016

13 hari dah

assalamualaikum
syukur kepada Allah masih lagi mampu meneruskan hidup.
malam tadi demam ketar2 kesejukan.. sakit susu bengkak. air susu mcm tersumbat cuba untuk betulkan saluran susu yang sumbat tak sangka bengkak.
pulak si qoid pun demam.. si aliq pulak asyik nak susu jer alahai.
bertabahlah.

kebas tangan dan kaki rasa tak larat nak gerak dah. tapi kena gagahkan jugak ambik baju sejuk dan pakai.

kalau ikutkan hati takmo dah bg susu badan sebab tiap kali memang ni la jadinya air susu yang banyak sampai tak larat si aliq minum dan ia bengkak.

luka berjahit masih belum baik. luka yg dalam alaupun 1 degree perineal tear tapijahitan dalam tu selalu basah so lambat la tangsi nak tanggal.

kekadang rasa gatal.. org kata kalau rasa gatal tu nak baik.. so bersangka baik jelah. 3 hari ni doktor peribadi tak de so belasah pancit jelah ubat kuning tu dengan harapan kenalah tempat luka tu. kalau rasa pedih tu kenalah kot, :P

kena banyak istifar bebanyak supaya dosa masa lampau kita tu diampunkan Allah.


ni viva video aliq. enjoy.

Sunday, October 9, 2016

aqiqah noorkhaliqzuyyin


 bersama kakak iman dan mak long ina


 cenderahati untuk tetamu yang hadir


kena bedak sejuk tapi tetap cool jer tdo.. kena tabur ngan bunga rampai pun macam tu jugak tetap tidur lena. sesuai lah dengan nama dia tu :)
#noorkhaliqzuyyin b yusnoor

hari ini hari ke 7, hari untuk aqiqah adik aliq sebab dah niat nak buat aqiqah lepas hari kelahiran dia yang ke 7. alhamdulillah semua urusan majlis berjalan dengan sempurna. terimakasih abang mak bak adik2 dan mertua. masing2 bagi komitmen yang baik. alhamdulillah. adik2 yang mana ambik cuti untuk menjayakan majlis ini. 
terima kasih jasa kalian tetap ku kenang,

esoknya

alhamdulillah
syukur pada Allah
hari ni adik dah boleh check out hospital muadzam shah dengan jayanya.
hari ke 7 nak buat aqiqah adik aliq. 
takpelah masuk sebab boleh kuarkan penyakit kuning yang ada pada badan adik aliq.
sekarang adik dah okay.


cakcak


 hi saya aliq



sedapkan saya tido

saya masuk wad melor 4 tengok kawan2 :P


satu hari

 batman forever

aliq pun sedih jer


satu hari semalaman duk hospital muadzam pulak, nak jugak merasa duk hospital muadzam shah sebab admit jaundis. hari ke tiga pergi emergency untuk check jaundis tak kena tahan.. tapi hari ke 5 check kena tahan lah pulak sebab doktor kata dah kat border line so kena duduk bawah lampu jugak 250 mol so kena la masuk wad kanak2 wad melor 4. rasa yang berat hati terpaksalah masuk jugak encik husband dah gi kerja jadi achuma yang tolong antardan belikan barang2. sedih pun ada tapi apakan daya kena masuk jugak. doktor kata masuk hari ni esok dah boleh keluar sekiranya baby selalu di bawah lampu. sedih tuhan jelah yang tahu tapi nasib baik ada adik beradik yang sangat membantu. alhamdulillah.

sepanjang hari dan malam aliq duduk bawah lampu.. mula2 aliq okay jer baring bawah lampu sampai tengah malam dia meragam biasalah kat rumah asyik nak mengempeng jerso malam tu asyik nak mengempeng jer tak nak jauh bila jauh dia rasa tak selesa. allahurabbi seksa sekali dengan berjahit dengan nak jaga aliq dengan badan sakit lagi. bertabahlah nak taknak kena lalui semua itu dengan redha hati.

malam tu bersama 2 lagi kawan yang senasib bergilir2 tak tido malam kerna masing2 sibuk menyusukan anak masing2 yelah sebab esok nak keluar takmo duduk wad lelama sebab bising dengan kanak2 lain yang mana menangis tak henti2.


noor khaliq zuyyin

assalamualaikum
dah lama tak menaip kat sini... rumah ni dah lama sepi.
sibuk sangat sampai tak de masa nak menaip katblog kesayangan ni
tengoklah tajuk hari ni nama seorang putera. rupa2nya aku dah selamat melahirkan seorangputera dalam diam diam hehehe.

9 bulan 10 hari plus overdue 2 hari boleh ke kata mcm tu... minggu 40.. 
pada tanggal 28 september 2016 pukul 12.34 am hari rabu dengan kesakitan dan kurang kesabaran dapat jugak mellahirkan putera hati ke 3 anak ke 4 dengan jayanya. ALHAMDULILLAH syukur sangat kepada ALLAH.



lahir kat segamat, sebelum ni abang2 dan kakak bersalin di hospital muadzam shah. yang ini nak berjalan jauh sikit hehehe. selamat bersalin di hospital segamat untuk meramaikan bangsa johor. terima kasih abang yang sentiasa menemani diri ini.

Tuesday, January 5, 2016

throwback 2015 #1

 birthday dia Hafiy Ijlal

nak sangat sambut birthday party dia yang ni sebab dia kata nanti nak gi masuk asrama dah. so tidak menghampakan permintaan dia sebab selama ni tak pernah req nak wat birthday party untuk dia. kalau buat pun ala2 jer setakat makan dan beli kek.

rasa seronok kawan2 dia dapat hadirkan diri pada hari kejadian.
lanje gambar sekeping dua.



SELAMAT HARI ULANGTAHUN ALONG IJLAL



throwback 2015

bismillahirahmannirrahim
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat.
setahun tak update blogger dah bersarang.

tak tahu nak mula dengan mana dulu tapi yang pasti belajar sudah habis. 4 tahun belajar akhirnya telah selesai dengan jayanya walaupun perit nak habiskan semuanya.



selesai akhirnya alhamdulillah. walaupun cgpa tak cantik mcm org lain tapi masih dapat 2nd class upper. syukur sangat-sangat. syukur kepada Allah, dan suami redhanya untuk menuntut ilmu. terima kasih mak dan bak umi dan abuya kerna doa kalian. terima kasih pensyarah, kawan-kawan yang banyak membantu untuk mencapai cita2. terima kasih semua.