klik2

Sunday, October 12, 2014

BIG sem 6

Nama : Nurul Nurliyana bt Mohd Nasir
No Kad Pengenalan : ?
PPG Ambilan Jun 2011

REFLEKSI BIG FASA 6

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

Pada BIG Fasa 6, saya telah menjalankan program lawatan penanda aras di Sekolah Rendah Arab JAIM Batang Tiga Timur, Bukit Rambai , Melaka. Bertolaknya kami dari  IPGKPM dengan menaiki bas IPG dan setibanya di sana kami ditaklimatkan oleh Pengerusi tentatif pada hari tersebut. Kami telah disambut dengan meriah oleh Guru Besar SR Arab Batang 3 Timur, Bukit Rambai iaitu Pn. Faizah binti Hj. Ab Karim beliau sangat bersemangat memberi penerangan mengenai sekolah beliau dan mempunyai staff yang rajin berusaha dan bersemangat untuk mengajar. Beliau juga membenarkan guru-guru beliau untuk terus sambung pengajian. Beliau juga merupakan Guru Besar Cemerlang.
Selepas ucapan alu aluan dari guru besar, kami telah mendengar taklimat Guru Cemerlang Pemulihan Khas iaitu Pn. Zaidah binti Abu Bakar. Beliau juga bersemangat memberi penerangan dan dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi pengalaman dan idea yang telah beliau curahkan untuk mendidik anak bangsa dan memberi semangat kepada guru-guru lain sebagai tauladan guru. Pn. Zaidah merupakan Jurulatih Utama (JU) Pemulihan  dan juga telah mewakili Negeri Melaka sebagai Peserta Kursus Pemulihan Peringkat Kebangsaan.
Antara kebaikan sekolah ini ialah guru-gurunya sangat disiplin, fakAtor guru-guru adalah salah satu factor yang menyumbang kepada pengiktirafan sekolah sebagai sekolah cemerlang. Kebanyakkan guru-guru sekolah ini sangat komited kepada kerjaya mereka dan sanggup berkorbankan masa dan tenaga untuk meningkat prestasi sekolah mereka. Faktor lain ialah murid-murid yang cemerlang dalam bidang pelajaran malah aktif juga dalam sukan squasy  di peringkat Kejohanan Squasy Antarabangsa Singapore.
Antara kelemahan yang dapat saya lihat dalam program ini ialah aspek peruntukan masa, masa 10 jam tidak cukup untuk kami mendapat maklumat keseluruhan tentang SR Arab Batang 3 Timur ini.
Pendedahan pada program ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Melalui lawatan penanda aras ini guru akan jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Selain itu guru akan lebih mempunyai ilmu dan idea dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah nanti. Program Bina Insan Guru (BIG) dan 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin walaupun sudah bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.







Thursday, August 22, 2013

frust

frust
bila ada yang dengki, giler kuasa
frust
bila time dia,  org follow
bila time org dia tak follow pulak
semoga dia bahagia dengan apa yang dia buat.
frust
bila dah kena marah baru terhegeh2 nak buat
frust
bila dah  merajuk sangat
time tulah nak bagi macam2
frust betul
redha
semoga Allah membantu.

Tuesday, July 23, 2013

alhamdulillah

dengan Kebesaran Allah dah doa orang tersayang sem ni lulus walaupun paras hidung, alhamdulillah.
....sekarang tengah bz utk menyelesaikan perjuangan yang belum selesai, jeles jugak bila tgk rakan2 seperjuang semasa di maktab dulu dah grad. rezeki masing2. insya Allah semoga aku dapat lalui semua ini dengan hati yang tabah dan sabar.
layankan ajerlah.
macam-macam berlaku tapi tak direkodkan di sini, alahai nampak sangat dah lama tak update blog. ada time tidur jer untuk melepaskan lelah dan tengok tv , gian tak habis tengok tv lagi hehehe

....banyak nak type banyak nak share ngan korang apa yang berlaku sebulan nih, is memang banyak , nak-nak memori gi sarawakkk best oooo tengok tempat orang, itu belum aku dapat gi oversea hehehe tentu rasa sedikit excited hahahaha

... sebelum gi sarawak, dah dapat demam tapi sebelum tu gi melaka study abg kesayangan, balik dari melaka, anak kesayang pulak demam, is tak habis dengan demam anak, aku pulak sambung demam melarat bawak ke sarawak...huhuhu sangat letih dan malas, sakit2 badan semua ada.

apa, nak ole2, is tak sempat nak beli ole2 hehehe beli untuk kenangan diri sendiri jerlah...apa nak tengok gambar .oh oh nanti2lah update balik, tam sempat nak relax minda jap sebelum memulakan assigment yang sedang berlambak nih......

chow, assalamualaikum...

Saturday, June 1, 2013

jangan persoalkan

....tik tok tik tok masa berlalu begitu saja
ramai manusia aku kenal sepanjang hidup ini
bermuka-muka dan berdengki-dengki, sahabat sendiri pun begitu jugak, lama dan nama sahaja bersahabat tetapi masih boleh tiada persefahaman, masih dengki dengan orang, sebab tu tuhan duga dia macam tu sekali.

..
Mengapa ketika bila aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

..

setelah kisah sedih itu berakhir, aku masih lagi terasa dengan sesetengah pihak, dan  ada pihak  pulak yg berasa dengan aku, yelah memang susah nak puaskan hati semua orang. hidup perlu di teruskan, kerja kena hadap, buku kena baca, assigment kena buat, rindu kena bertahan, bercinta kena sabar..

mmm
all for one, one for all

Sunday, April 21, 2013

masa lalu ku


Lirik Lagu Masa Lalu -Zizan

Tiada tetesan air mata
Ku rasa kini kering sudah
Meratapi masa laluku
Yang tak berpihak kepadaku

Kini engkau ada dimana
Ku tak tahu apa kabarmu
Mungkinkah nanti ku temui
Dirimu yang aku cintai

Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

(Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”)

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Sebagai pelengkap uuh uuh cerita hidupku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/07/lirik-lagu-masa-lalu-zizan.html#ixzz2R6wApw7g




RINDU NAK UPDATE BLOG, SEMUA ASSIGMENT DAH SIAP
TENANG SIKIT, SEKARANG PULUN NAK STUDY JEK
untuk exam, wish me luck this semester
jgn duk asyik main kamera katak jek huhuhu.
sekarang dah belajar nak spin lagi :)



Friday, March 1, 2013

Baby najib

...
bila kita pening
dengan
sesuatu perkara
wat should we do

bila kita rindu
kat seseorang
wat should we do

bila kita angry
kat somebody
should i knock his head
wat should we do

bila kita rindu sangat2
sampai kita pun
demam
wat should we do

wat should we do
wat should we do

sumtime
bila jumpa dengan sesuatu
yang menghairahkan kita
wat should we do

aku jumpa
satu
yang agak ghairahkan aku
mmm
susah jugak
bila dah savvy

aku start rindu
rindu dia
rindu najib
hehehe
najib tun razak
kwang2
rosmah u jgn marah  tau