klik2

Thursday, August 22, 2013

frust

frust
bila ada yang dengki, giler kuasa
frust
bila time dia,  org follow
bila time org dia tak follow pulak
semoga dia bahagia dengan apa yang dia buat.
frust
bila dah kena marah baru terhegeh2 nak buat
frust
bila dah  merajuk sangat
time tulah nak bagi macam2
frust betul
redha
semoga Allah membantu.

Tuesday, July 23, 2013

alhamdulillah

dengan Kebesaran Allah dah doa orang tersayang sem ni lulus walaupun paras hidung, alhamdulillah.
....sekarang tengah bz utk menyelesaikan perjuangan yang belum selesai, jeles jugak bila tgk rakan2 seperjuang semasa di maktab dulu dah grad. rezeki masing2. insya Allah semoga aku dapat lalui semua ini dengan hati yang tabah dan sabar.
layankan ajerlah.
macam-macam berlaku tapi tak direkodkan di sini, alahai nampak sangat dah lama tak update blog. ada time tidur jer untuk melepaskan lelah dan tengok tv , gian tak habis tengok tv lagi hehehe

....banyak nak type banyak nak share ngan korang apa yang berlaku sebulan nih, is memang banyak , nak-nak memori gi sarawakkk best oooo tengok tempat orang, itu belum aku dapat gi oversea hehehe tentu rasa sedikit excited hahahaha

... sebelum gi sarawak, dah dapat demam tapi sebelum tu gi melaka study abg kesayangan, balik dari melaka, anak kesayang pulak demam, is tak habis dengan demam anak, aku pulak sambung demam melarat bawak ke sarawak...huhuhu sangat letih dan malas, sakit2 badan semua ada.

apa, nak ole2, is tak sempat nak beli ole2 hehehe beli untuk kenangan diri sendiri jerlah...apa nak tengok gambar .oh oh nanti2lah update balik, tam sempat nak relax minda jap sebelum memulakan assigment yang sedang berlambak nih......

chow, assalamualaikum...

Saturday, June 1, 2013

jangan persoalkan

....tik tok tik tok masa berlalu begitu saja
ramai manusia aku kenal sepanjang hidup ini
bermuka-muka dan berdengki-dengki, sahabat sendiri pun begitu jugak, lama dan nama sahaja bersahabat tetapi masih boleh tiada persefahaman, masih dengki dengan orang, sebab tu tuhan duga dia macam tu sekali.

..
Mengapa ketika bila aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

..

setelah kisah sedih itu berakhir, aku masih lagi terasa dengan sesetengah pihak, dan  ada pihak  pulak yg berasa dengan aku, yelah memang susah nak puaskan hati semua orang. hidup perlu di teruskan, kerja kena hadap, buku kena baca, assigment kena buat, rindu kena bertahan, bercinta kena sabar..

mmm
all for one, one for all

Sunday, April 21, 2013

masa lalu ku


Lirik Lagu Masa Lalu -Zizan

Tiada tetesan air mata
Ku rasa kini kering sudah
Meratapi masa laluku
Yang tak berpihak kepadaku

Kini engkau ada dimana
Ku tak tahu apa kabarmu
Mungkinkah nanti ku temui
Dirimu yang aku cintai

Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

(Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”)

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Sebagai pelengkap uuh uuh cerita hidupku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/07/lirik-lagu-masa-lalu-zizan.html#ixzz2R6wApw7g




RINDU NAK UPDATE BLOG, SEMUA ASSIGMENT DAH SIAP
TENANG SIKIT, SEKARANG PULUN NAK STUDY JEK
untuk exam, wish me luck this semester
jgn duk asyik main kamera katak jek huhuhu.
sekarang dah belajar nak spin lagi :)



Friday, March 1, 2013

Baby najib

...
bila kita pening
dengan
sesuatu perkara
wat should we do

bila kita rindu
kat seseorang
wat should we do

bila kita angry
kat somebody
should i knock his head
wat should we do

bila kita rindu sangat2
sampai kita pun
demam
wat should we do

wat should we do
wat should we do

sumtime
bila jumpa dengan sesuatu
yang menghairahkan kita
wat should we do

aku jumpa
satu
yang agak ghairahkan aku
mmm
susah jugak
bila dah savvy

aku start rindu
rindu dia
rindu najib
hehehe
najib tun razak
kwang2
rosmah u jgn marah  tau


Wednesday, February 13, 2013

cinta dan cerita si ayah semut qoid


Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat... ayang akan faham bila kahwin nanti,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.

Senyum.

cerita dari Tuan Ibrahim b Tuan Man

Tuesday, February 12, 2013

cny ( chinese new year lor )

....edisi terhad sempena hari raya ini...

model  : iman
venue  : rumah ( dalam bilik ) dan pavilion

mana ini gambar , instagram beb


wardrobe : hehe beli kat billion segamat jer, oklah tu mahal beb!

sayang, bila u nak belikan i baju cheongsam yang kain belah tepi tu, tentu seksikan bila i pakai sayang, dan u tentu terseksakan sayang hehe, i suka tengok u terseksa sayang bila tengok i seksi hehehe.




a decade anniversary

7.2.2013

sweet
thank sayang belikan i kek secret resepi, i suka sangat, tq jugak present tu sebab i taknak hadiah emas :)



 dah sepuluh tahun dah rupernya, tapi dah 2 tahun tak celebrate sama kan, tahun ni dapat celebrate sama2 hehehe , syok sangat dapat makan nasi air yang u masakan sayang. kenyang i malam tu :)

azm, racy n frank

... sebulan dah  tak update blog, buzy like a bee, interaksi baru dah mula untuk sem nih, alahai sangat padat dengan kerja di sekolah dan assigment. second kuliah nanti tak tahu nak hadap mcm mana. mana nak bagi masa untuk jadi seorang ibu, pendidik, jurulatih, dan pelajar. 2 tahun lagi bersabarlah sayang. nanti u dah boleh rehat dah sayang...

...sayang , i sayang u tau, sayang sangat2.... miss u ketat2, waktu i type ini i dengar lagu korea, i miss u drama, tajuk dia tear are falling.... tara sinda tomuri to to to.... best sangat sayang cerita dia...part yang dia cium mulut tu hehehe... :)

...hehehe bulan mengambang macam nilah jadinya sayang... nanti u jangan lupa tau belikan i kismis, otak i kan sem ni padat sangat dengan fungsi , yelah hubungan antara satu dengan satu , itu yang u ajar i kan sayang..yang mana domain, yang mana kodomain dia.... mana objek mana imej.... julat ( imej yang ada hubungan saja tau ), i mesti master bila u dah ajarkan i sayang betul..i tak tipu sayang....

...tear are falling... sayang
i masih belum siapkan assure yang encik bagi, sikit lagi sayang 2 muka surat je lagi, tapi i kan buzy bila i nak sentuh sikit, ibu nak susu, ibu nak pensil, ibu nak gunting... semua ibu, bila nak start semula kena ambik mood sayang, u taulah i bila i tak de mood i malas.

 masih lagi mood korea, lagu tu berulang2 kali i mainkan set repeat kat note 11 yang u belikan tu sayang, syok i hari2 dengar lagu sampai naik pekak telinga i hahaha, oppsss kuat pulak i gelak....

dia nak suh i masak maggi kat dia, si qoid, i masak maggi dulu ya sayang... u tunggu tau muahhh..