klik2

Tuesday, December 28, 2010

photo qoid menang

hehe alhamdulillah tak sangka boleh termenang pulak, memang berusah bersungguh2 untuk menang ni, setiap blog yang aku gi aku paste link cikidong.     klik here hehe

ini 1st contest aku masuk kat maya ni, suka sangat sebab menang. tapi yang paling best promo kat fb lah hehe, ramai jugak  yang vote si qoid ni, budak yang aktif tu.


hari ni aku dah start meeting guru kali pertama sesi 2010/2011, yang paling bestnya dapat lak pujian dari gb hehe. tahun ni terasa macam banyak cabaran yang terpaksa dilalui sebab subjek yang aku terpaksa bawa sangat berat sebab semuanya ada kaitan ngan nkra - linus huwaaaa...

apa nak wat tugas itu amanah berkerja dengan penuh semangat!




Friday, December 17, 2010

“The Season of the Witch is Here”

Season of the witch



Sypnosis
In the supernatural thriller Season of the Witch, Nicolas Cage stars as a 14th century Crusader who returns with his comrade (Ron Perlman) to a homeland devastated by the Black Plague. A beleaguered church, deeming sorcery the culprit of the plague, commands the two knights to transport an accused witch (Claire Foy) to a remote abbey, where monks will perform a ritual in hopes of ending the pestilence. A priest (Stephen Campbell Moore), a grieving knight (Ulrich Thomsen), an itinerant swindler (Stephen Graham) and a headstrong youth who can only dream of becoming a knight (Robert Sheehan) join a mission troubled by mythically hostile wilderness and fierce contention over the fate of the girl. When the embattled party arrives at the abbey, a horrific discovery jeopardizes the knight’s pledge to ensure the girl fair treatment, and pits them against an inexplicably powerful and destrustive force.

Tell us what scares you the most about witches

ini dah kali ke 3 aku wat contest nuff hehehe saja buat untuk update blog. apa yang aku paling takut tentang penyihir ini ialah bila dia sumpah aku jadi puteri katak hahahaha, aku takut kena sumpah jadi puteri katak sebab aku bukan puteri hehehe...lagi satu aku takut dia simpan aku kat dalam menara yang tinggi sampai rambut aku yang hitam turn to white oh sangat sedihkan hehehehe...
 apa lagi yang di tunggu buatlah contest ni jugak masa ada lagi sebelum tayangan perdana. kalau menang jumpa korang kat sana lah syok oo hadiah pun lumayan hehe








Saturday, December 4, 2010

MAHA

..salam blogger yang ada ziarah aku kat blog love is forever nih hahaha, dah seminggu tak update lepas kena saman hari tu so saman tak beerti yang aku takut untuk bergerak menggunakan kenderaan lagik haha, 
dari utara ke selatan dah aku jelajah, sekarang baca tajuk pun dah tahukan, MAHA yang diadakan di upm serdang, dah beberapakali dah mereka buat tapi baru tahun ni aku dapat pergi ke sana hehe honeystar lagik..

honey star sebab kalau bawak mereka2 sudah tentu tak dapat berjalan dengan tenang, sebenarnya nak bawak diri sendiri pun tak larat, jauh dan penat berjalan kaki..serius! panas pulak tu....

...macam-macam ada, orang jual payung, orang jual topi, orang jual ice cream, tapi yang tak daya kenapa air mahal sangat, biasa kat luar rm 1, kat maha rm 2 sangatlah ambik peluang untuk tujuan keuntungan berlipat ganda, sedangkan yang pergi tu ramainya orang2 melayu..

 segar bau bunga

 warna warni boleh realise tension

ada pertandingan lagi


aku lebih tertarik dengan berjenis2 orkid yang di jual di situ . bermacam2 tone colour yang ada , kalau banyak duit dah shopping pelbagai jenis haha

tempat parking rm3, esok hari last lagi meriah , rakan blogger pergilah pasti seronok!



Thursday, November 25, 2010

saman

surat saman yang dah di bayar oleh  mr. y

...masa on day way nak gi klang umah pak sedara y, kitaorang dah kena saman yelah sekali nak gi ke kuala kangsar dan cameron highland lah tu....oh saman sebab y potong double line...opss sikaplah katakan yelah hari raya aidiladha, pak sedara dia buat korbanlah...rupa2nya kitaorang yang kena korban dulu hehehehe...apa nak buat , kecuaian diri sendiri....

...so semalam pergilah ke segamat, tujuan utama ialah nak bawa si qoid ke klinik demam dan tujuan kedua ialah untuk bayar saman kompaun rm 200 huhu, tujuan ke tiga ialah beli langsir untuk rumah baru kat keratong 3...
selepas semuanya settle, kitaorang  baliklah.. habis episod hari itu.

semalam pergi segamat lagi untuk bawa si ijlal pulak demam panas..oh dugaan sungguh, y dah sakit2 kepala dah habis satu keluarga kena demam dan sakit kepala, apa orang kata weather shock haha yelah baru turun cameron, on da way gi segamat aku bawak keta, balik tu lepas pekena nasi ayam gemas kat segamat y bawak pulak...sampai kat satu tempat y dah mengadu sakit kepala, so tukar driverlah...

dah tukar driver, aku bawak tak sampai 1 km nampak orang bagi lampu ..sah dah tentu ada polis kat depan , so aku slowkan keta, memang betullah ada polis traffic,, yang tak bestnya si abang polis ni naikkan bendera merah dia dan arahan aku ketepi jalan ..warrgghhhh...aku dah kena samannnnnn...baru bawak keta tapi dah kena saman tak aci.....si abang polis bagi salam dah bagi tahu kesalahan aku memecut 110km huhu..keta macam ni tak terasa memecut ni cik dia beritahu aku...aku bagi tahu dia saya baru jer bawak encik.....

abang polisi terus mintak ic dan lesen, apa lagi aku pun turun keta dan mintak maaf atas kecuaian aku dan mintak kurangkan sikit harga saman...mana taknyer speed trap rm 300 maaaa...banyak tu boleh beli baju sekolah dan kasut si ijlal...dia berkeras dan suh buat pilihan nak bayar sini atau nak surat saman yang akan di pos 3 minggu lagi. Aku cakap aku mintak kurang dan mintak tukar kesalahan tak pakai tali pinggan keledar supaya rege saman tu tak ler mahal sangat sebab semalam baru jek settlekan saman si y..huhuhu..
...pendek cerita gedebak gedebuk aku di suruh bercakap ngan tuan sarjan dia, sebab cik abang polisi tadi nak saman orang lain yang sama kesalahan dengan aku hehe...

tuan sarjan tanya aku kerja apa, anak berapa orang, itu kereta sapa dan akhir sekali pesanan maut untuk aku supaya sentiasa memandu ikut had kelajuan yang diberikan..tuan sarjan mintak ic dan lesen utnuk lihat-lihat dan kembalikan semula kepada aku tanpa menulis dan tanpa aku sain dimana2...alhamdulillah nyaris nak kena saman rm 300, syukur sangat, setelah ucap banyak2 terima kasih aku pun berlari dapatkan y...ni semua salah y hehehe, tapi ada himahnyerkan tukar driver, agaknya kalau y yang bawak mesti kena saman lagi...

so aku masih bersih daripada kena saman....:)

p/s rakan2 blogger jangan bawak laju2 tau




Tuesday, November 23, 2010

cameron


mmm cantikkan pemandangan kat cameron highland..ni jek untuk tatapan kengkawan buat panas hati pada yang belum sampai ke sana...
tapi yang tak bestnya sebab tak dapat nak minum2 kat situ sambil menikmati udara pagi yang nyaman, si qoid pulak wat perangai biasala hero sorang tu mana nak duduk jek mesti ada agenda, kebetulan pulak first week cuti sekolah dan cuti hari raya aidil adha ramai yang berkunjung ke sana, masa nak pergi tu wah traffic giler masa nak  ke homestay, kita orang menginap kat marina homestay rege dia rm 180 okaylah tu( no aircon ) haha...masa nak jejalan esok paginya pun sesak jugak huhu wat panas hati lagik sebab tak dapat naik ke brinchang untuk ke kea farm strawberi huhu sad sad...


so qoid yang tak menang kaki dia..




Wednesday, November 17, 2010

geram




.....hari yang  geram, bila kita kata jangan seperti disuruh2..
nah kau kena dah kan....

Tuesday, November 16, 2010

happy birthday iman

iman sudah satu tahun.
ayah and the sweet princess
kek birthday iman..wanna to share.
qoid lah paling seronok bab membelah kek :)


selamat hari raya aidiladha

selamat hari raya aidiladha untuk semua yang beragama islam, rakan2 blogger beraya dimana? hehehehe, fina beraya di keratong rumah mak SYOK giler..

sambil bergembira ingatlah mereka yang berduka, mereka yang dilanda banjir seperti di kedah, dilanda debu seperti di indonesia dan dilanda peluru seperti di gaza, palestin oh sangatlah menderita...


Saturday, October 30, 2010

kulit babi

....ibu oh ibu, ibu tengok ni, ibu nampak tak bintik2 nih.....mmmm oh dalam hati aku dah terlintas dah alamak kulit ba alif ba ya....oh!

terus google image kulit itu, sebab selama ni hanya pernah terdengar orang membicarakan tentang kasut yang di beli di pasaraya berkulit haiwan itu. Hampir sama lah jugak ( sebab pada mulanya tak dapat terima hakikat kot kulit yang di depan mata tu sama dengan image yang kat google )

....ok baru2 ni y ada beli iphone4 kat maxis segamat, y juga terus beli pouch yang turut di jual kat situ, balik umah y pun belik2lah iphone dia, ternampak ler kat pouch dia kulit haiwan berkenaan heh! apalagik mulalah was-was....

lining kulit babi
ha....nampak tak bintik2 tu

tulah sangat excited dapat barang baru, sampai tak perasaan pada mulanya, nasib baik hanya aku dan y jek yang pegang, kalau tak satu kelurga pulak kena samak, hehehe.
jadinya kami berdua bersamak ler dengan air tanah sekali dan air biasa 6 kali huhu, adalah pengalaman bersamak.





Thursday, October 28, 2010

dia copy ..aku pun copy...

....tak sangka ada jugak yang berminat nak copy artikel aku hehehehe...macam jugak aku copy artikel orang lain...tapi tak delah aku nak copy ngan gambar2 sekali..anyway seronok jugak ler bila blogwalking dan kita terjumpa hasil kita kat blog orang lain walaupun empunya blog tak bagi credit untuk kita...

....dah lama tak menaip nak isi gambar gi kursus linus, tapi cari  usb cabel lak tak jumpa, nanti2lah upload photo kat kursus, bukan banyak pun cuma nak tunjuk tempat penginapan jek hehehe..
..selamat berblog dan blogwalking..

oh azam baru untuk tahun ni berusaha berusaha...

untuk mendidik anak bangsa, melahirkan insan kamil yang berguna dan tidak buta huruf.

:: TIDAK ADA MURID YANG TIDAK BOLEH DIDIDIK::









Friday, October 22, 2010

rumah y

...oh rupa-rupanya dah nak bertemu sabtu dah, punyalah lama tak update blog, malam ni baru ada masa nak update, sabtu minggu lepas gi bahau, teman y ambik kunci rumah dia huhu...memang sangat tidak sabar yelah rumah baru dia , aku pun rasa excited lor....

....bila dah ada rumah baru, mula lah semua benda nak baru. ini baru itu baru aduhai jangan dapat 'benda; lain yang baru sudah ...huhu mintak jauh lerrr..

 corner lot
qoid n laman dia

Saturday, October 16, 2010

frusted

.....ketuk ketuk, kini nak ketuk lagi..bila tension ketuk bila frusted ketuk..eh eh ada orang nak kena ketuk ke? wakakakaka...garangnyer makcik fina!
sejak y balik hari ni baru ada masa nak mengetuk, itu pun baru je balik daripada bahau melawat mak mertua dan mengambil kunci rumah baru ( rumah y ) di desa putera bahau.

apa pasal frusted?
sebabnya tak dapat gi KL guna tambang free...hehehe, kenapa nak free duit dah tak de ke? tak boleh ke nak berjimat2. bukan senang dapat free gi KL ni....mmm sebenarnyer dah lama tak gi rombongan sekolah dengan budak2 sekolah, sebab asyik mengandung beranak mengandung beranak :)...so ingat tahun ni dapat bersama-sama bebudak enjoy rombongan ke KL tapi tak berkesampaian jugak huhuh..maka patahlah hati... ku harap janjimu tetap, tapi ada perubahan tarikh lah pulah..patahlah di tengah jalan....sebab tarikh yang di tunda tu aku pulak kena gi kursus linus tahun 2 kat rbr ( rompin beach resort )...oh hancur hati ku di dalam nestapa, mengenangkan nasib, mengenangkan nasib diriku yang malang ...layannnnnn.



p/s syok nak gi kursus!

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

...hari ni dah hari ahad 10.10.2010...pastinya ramai yang menulis blog hari ni hehehe termasuklah aku, dan pastinya ramai yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan, pertunangan atau putus segala hubungan hehehe (ke situlah pulak).

tapi hari ni tak beri kesan pun pada aku...kerana aku menunggu hari esok ( masya Allah ), insya Allah!
sebab esok hari aku nak jemput y kat lcct hehehe..sangat gembirakan, bukan aku saje yang gembira...ada insan lain yang sangat gembira menunggu kepulangan y of cozlah anak2 aku...yang si ijlal asyik sebut ayah mana, yang si qoid lak hehehe sempat lagi mimpi panggil nama ayah dia ..aduhai..aku pulak ( :) ) hehehe sib baik tak mengigau jugak hehehe..dan nasib baik jugak iman tak pandai nak merindu lagi kat orang tua janggut ( eh dah tua ke ayah kamu sekelian hehehehe..

suka sangat type 'hehehe'...

ayah mereka yang sedap tido 

ini lah ayah yang mereka tunggu2 kan tu rindu sangat, ibu dia lagi rindu hehehe.
kan dah pecah rahsia.


Thursday, October 7, 2010

khatimah cinta

entah ler..sepatutnya aku yang kena pergi ke kursus kssr bm tahun 1, tapi hari ni ada orang lain lak replace my place hehehe, aku memang ler tak nak pergi sebab y balik hari itu, aku lebih rela jemput y daripada pergi kursus ( oh sungguh tak ada motivasi ) bukan apa aku dah set nak pergi tup tup kena ganti ngan orang lain apa nak wat...past tu  cam main tarik2 talilah pulak kejap kesian kat orang yang ganti aku sebab masih ada baby kecik yang nak susu badan  hehehe, aku sebenarnya rasa serba salah pulak dah dan rasa berbelah bagi pulak...

mula2 dia suh orang lain pergi , aku dah rasa seronok sebab tak yah gi, past tu suruh lak aku gi, sebab dia rasa bersalah suruh cikgu lain pergi...eh eh ...lu pikirlah sendiei fina nak gi ke tak nak...

khatimah cinta by six sense


Oh tidur malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam
Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi
Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati
Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi
Aku lagi
Biarku bawa
Seluruh cintamu
Ku dakap dalam
Tidur panjangku…
Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi


Wednesday, October 6, 2010

Saturday, October 2, 2010

telus

...dia mintak kita telus dengan dia  tapi dia tidak telus ngan kita.
dia mintak kita buat kerja dengan baik tapi dia buat kerja tak baik
dia mintak kita masuk ke kelas tapi dia tak masuk kelas..
dia mintak kita antar buku rekod tapi dia sendiri tak antar buku rekod
dia mintak semua perkara tapi dia tidak buat semua perkara itu....WTH..
now dia nak ugut kita pulak dengan apc bagai....so kerja dia hanya perah ugut..besar kuasa dia!





p/s dah lama tak mengetuk tiba mengetuk jer tension, huhu

Saturday, September 25, 2010

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Description:
Penyakit ini biasanya kepada bayi dan kanak-kanak akan menghidapnya.Ibubapa harus mengambil perhatian kerana penyakit ini juga boleh membawa kepada kematian.

Deskripsi 

Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..

Penyebab

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997

Cara penyakit ini merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah
penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM 
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor - Faktor Risiko 
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens 
Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda - Tanda Dan Gejala 
Di antara gejala jangkitan ialah:

Demam
Sakit tekak
Ulser pada tekak dan mulut
Sakit kepala
Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
Hilang selera makan

Komplikasi

Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti meningitis virus atau ensefalitis).

Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (myocarditis).

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian - Ujian

Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fisikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

Pemantauan

Sila hubungi doktor jika:-

Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam

Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)

Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

Kesakitan pada mulut semakin teruk.

Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Prognosis

Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Pencegahan

Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan oleh &

Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.

Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.

Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.

Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.

Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.

Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-

Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.

Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.





p/s qoid , dinie, iman tengah kena, aduhai... bersabar jelah hati...sqoid paling teruk sakit mulutnya..alhamdulillah nampak mcm dah baik dah

Thursday, September 23, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics


...sangat menyentuh hati....huhu i be there for you
arrgghh rindu sama y..tapi apakan daya..uruslah sendiri keperluan hidupmu sendiri hehehe






Wednesday, September 22, 2010

Apple - iPhone 4 - This changes everything. Again.




sesuatu yang y idamkan tapi masih belum tercapai ..huhu





ok ke tidak?

....semalam aku dapat panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menanyakan hubungan aku dengan y ok ke tidak..huhu, soalan cepu emas betullah....

...apa jawapan aku...mmmm entahlah ya, sebab akak ni duduk ngan mak ayah, so ok lah kot? kwang 3x, cam ner leh jadi cam tu...dah hampir 9 tahun kami cam ni off on off on macam suis kipas lak...( adatlah nak carik rezekikan )...

pemanggil tu nak tanya cam ner aku menjalani hidup sebagai seorang yang selalu ditinggalkan suami...adakah aku ni bosan ke, curang ke hahahahaha minta jauhlah :P, 

..bila memikirkan balik kelakar pun ada, pastu aku terus tanya y..abang hubungan kita ni ok ke tidak...aku rasa y tentu terkedu ngan soalan tu wakakakakaka...

sesok satu hari lagi upsr

qoid dan dinie pun demam huhu sian mereka.





Monday, September 20, 2010

malware detected

..hehehe beberapa blog yang aku bukak kebelakangan ni selalu keluar ini MALWARE DETECT...huhu apa kejadahnya, gerun pun ada hehehehehe...cik GOOGLE leh jawabkan ke...:P

Apapun persediaan untuk membuat scanning pada komputer menggunakan software anti-malware amatlah digalakkan.

sekolah sekolah, esok murid-murid dah nak berperang dah ..try your best!

Friday, September 17, 2010

1 hari di hari raya


aaaa... gatal lah ibu..



iman yang agak kebosanan.

sebab macam bosan jek, aku ajak y gi jejalan ke pekan bahau, ini photo hari raya pertama hehehe...tengok rumah baru kat bahau, insya Allah akhir bulan ni dapat kunci hehehe..seronok.

hari ni sekolah dah start, tadi ada majlis restu kat sekolah untuk budak upsr, tapi tak delah photo untuk majlis restu, sebab tak bawak kamera, budak kelas aku yang datang ke sekolah hari ni cum 8 orang daripada 17 hehehehe..

esok hari tak tahu lagi, mungkin 3 orang je kot..mmm , murid 2 dalam mood cuti sekolah dan raya, macam mana bebudak nak duduki upsr ni...semoga mereka sukses!

salam jumaat untuk semua.




Thursday, September 16, 2010

1609



....hehe today is my bestday...tambah satu lagi umur huhu, apa nak dikatakan, apa nak ditanyakan...seronok hari ni ramai yang wish sukses dan bahagia..some people said, no money no talk, but i said no love no life..betul ke, betul atau tidak ada aku kisahkan...;P

..to my frens i wish u all the best and i proud to be a MUSLIM..

p/s thanks y give me urs LOVE

Tuesday, September 14, 2010

150 juta kali aku nak cium dia..lol

Lirik lagu 150 juta oleh Fynn Jamal :

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?"
"apa kau buta?apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"tapi dia nangis tonton cerita korea"
"dia mungkin keras bila bersuara"
"tapi dia jelas jujur apa adanya"

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku mungkin ada tidak serasi"
"kau sangat manis,aku ini pula dawai besi"

Di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
apa kau lihat padaku, jujurkan saja
terus kau cubit daguku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"tapi sayang tahan kalau salahnya saya"
"sayang mungkin saja keras kepala"
"tapi sayang manja bila kita berdua"

Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tidak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

p/s y suka sangat lagu nih, dia yang d/loadkan aku lagu ni kat umah huhu, katanya penyanyi lain yang boleh beat yuna..hehe aku layan jelah huhu..

Saturday, August 14, 2010

cherating bay view

photo family day yang sempat aku upload..hehe
sebab tak dapat nak cerita panjang..iman asyik gerak2 jer...

waktu ni iman suka sangatlah sebab kena dukung jer..aku lah yang jadi mangsa..si ayah sedang bermesra dengan dua orang budak laki tu , si qoid yang rata2 orang kata dialah yang paling hero dan senyap...

action silence!

no qoid pic here.

kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


layan lagu ni pulak hehehe dah masuk hari ke 4 alhamdulillah   :) rindu y







Friday, August 13, 2010

hari ke 3

huhu alhamdulillah, dah 3 hari pose nih, yelah hari ni hujanlah so rasa sejuk sikit berbanding semalam...

tak tahulah esok atau lusa ..boring lah esok sebab masa jadi lambat jer..hehe kalau duk masuk kelas mengajar rasa cam seronok dan happy jek walaupun beberapa kali menguap hehehe...esok berface komputer jelah hehehe.

apa yang  y makan kat sana yek..sedap ke makanan yang dimasak tu ..:)

Thursday, August 12, 2010

poco-poco ke raba-raba

alamak mak...

ibu dia sibuk nak poco-poco anak dia sibuk nak raba hehehe..asallah jadi macam ni..itulah si qoid tak menentu mood dia, adakalanya baik adakalanya emo tak tentu pasal...heheh
beberapa hari sebelum pose , tempat aku ada karnival iktiraf anjuran felda..huhu meriah jugak lahkan..sebab dah lama tak ada n3 baru so ambik kesempatan update yang ni...lepas ni karnival iktiraf akan bergerak ke jengkalah pulah hehehehe yeah!


hari ke 2 pose

...akhirnya...

mentari yang panas kalah jua...

selamat berbuka

alhamdulillah

Thursday, July 22, 2010

berfoya2 dan pemantauan

...sedang jiwa aku bergelombang nak berfoya2 , bersuka-suka tapi dalam waktu yang sama jantung aku berdegup kencang mengenangkan pemantauan literasi dan numerasi pada 27-29 julai ni ..aarrgghhh nak enjoy tapi tak berapa boleh nak enjoy sangat sebab fikiran asyik teringatkan pasal pemautauan..aduhai nasib nasib....

data2 semua dah lengkap cuma masih belum dikemaskini saja..borang2 semua dah diisi cuma masih belum sempurna untuk dilihat dengan cantik, masih perlu dimurnikan apa yang patut..setakat nak tengok data dan borang2 tak apa lagi..ni dia nak nengok kita mengajarlah pulak...huhuhu tension tension...kenapalah perlu macam tu yek..sebenarnya bukan tak biasa kena observe nih. cuma tak senang diperhatikan..biasa relax jer mengajar..dah ada orang tengok jadi kekok lah pulak..

..apa2 pun esok nak jemput mr.y balik.., turun kat klia dan pick up him kat pilah je lor..kalau jadi jemput..miss u so much ..:)

Wednesday, July 21, 2010

bomoh

...entah kenapa aku leh pulak teman ctf gi jumpa bomoh huhu, bomoh yang aku jumpa ni boleh bercakap jawa..( indon )bila dia sedang menurunlah..

sedikit sebanyak banyak pesedaran yang aku perolehi dalam kehidupan berumahtangga ni..ya Allah semuanya telah dirancang...Tuhan yang menentukan...tapi sesungguhnya yang mahukan perubahan ialah dalam diri kita sendiri, pokok pangkalnya diri kita dan niat kita....

syurga di bawah tapak kaki suamikan? so thingking...???


sangat letih hari ini...tak sabar tunggu hari jumaat hehehe

Sunday, July 18, 2010

sebelum tido

...sebelum tido rasa ingin menaip pulak, baru jek habiskan kerja sekolah aku yang sepatutnya aku siapkan sebelum jumaat hari tu..alhamdulillah berjaya jugak akhirnya..esok lusa mungkin ada pulak pemantauan literasi ..aduhai cam tulah kerja..setiap pekerjaan ada pemantauan...maklumlah untuk meningkat kualiti.

pejam celik, pejam celik dah 1 dekad berkhidmat dengan kementerian pendidikan ni..semoga aku terus success dalam bidang yang aku kerjakan ni, maklumlah kalau boleh pekerjaan yang kita lakukan tu dapat juga kita bekalkan untuk ke akhirat, insya Allah semuanya bergantung pada niat kita...u r what u thinking right! Go fina..oh dah lama tak guna nama tu welcome back hahahaha.

hehe tak sabar rasanya tunggu hujung minggu ni, kekasih hati balik dan nak gi family day kat cherating bayview..lalalala...berfoya-foyalah pulak.

Wali Band-Aku Cinta Allah (Dgn Lirik Lagu)




menginsafi diri dengan mengetahui diri ini kurang ilmu....ALLAH jangan tinggal aku Ya ALLAH!..ampunkan dosa-dosaku....

Thursday, July 15, 2010

minyak naik?

nasib badan ler....

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.Petrol RON 97 - RM2.10
seliter.Diesel - RM1.75 seliter.Gula - RM1.70
sekilogramGas LPG - RM1.85 sekilogram -

Harga Gas: Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)Tong
12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)Tong
10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

past ni apa lagi nak naik lor...huhu..

Monday, July 5, 2010

akhirnya

alhamdulillah akhir dapat gak merasa sehari..hehe penat jugak tapi rasa sangat berbaloi..hari ni semua berjalan seperti biasa sehinggalah lepas rehat tadi, 3 masa waktu BM, huhu kejadian yang menyayat hati apabila aku mula memarahi seorang anak muridku yang agak aktif..si zamarul iman hendak pergi ke tandas selepas naik rehat, mau tak mengamuknya aku , apa lagi aku warning dia suh duduk diam2 dan dengar apa yang aku nak bagi tahu,dasar budak-budak yang tak reti diam nak jugak ke tandas ngan alasan sakit perut..bosan dengan rengekkannya..aku pun lepaskanlah dia ke tandas..nak dijadikan ceritanya hehe si mahathir rasa nak terkencing sangat, dia kata dia ada minta kebenaran hendak pergi ke tandas, tapi aku khusyuk mengajar budak linus membaca hehehehe..tiba-tiba aku dengar budak menangis dan bebudak lain menjerit ..oh agak kelam kabut tadi...si mahatdir dah terkencing dalam seluar..menangis sebab takut kena marah sebab kencing dalam KELAS...aduh satu kerjalah pulak mengelap air kencing...ADUSsssss....sebenarnya kejadian cam ni sangat aku rindukan sebab hampir 3 tahun aku tak holding class year one...tahun ni pulak merasa..apa nak buat tang tak nak kita lontar jauh2, tang nak guna kita pujuk sampai dapat..terpaksalah...:)

Thursday, July 1, 2010

Bawang Putih Bawang Merah - Perigi Biru





wahai perigi perigi airnya biru..
tempat bermain bermain pari dan mambang..
mohon izinkan hamba merayu ibu...
izinkan hamba merayu ibu....
bagi penawar hatiku yang bimbang...
wahai bonda ibu kandungku...
wahai bondaku bondaku si ikan kaloi...
timbullah bonda oi....
timbullah tunjukkan diri...
nasi melukut dengan sayur keladi...
nasi melukut sayur keladi...
untuk bondaku di pagi hari...
wahai bonda..ibu kandungku

Wednesday, June 30, 2010

rejab 2010

fadhilat bulat rejab yang aku copy dari blog kak myza persona hehehe, semoga dapat dijadikan panduan.
ehem ehem...bila aku nak puasa bulan rejab ni isk isk sedih sedih mengenangkan nasib diri :(




Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.


Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.


Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,


Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.


Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.


Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.


Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.


Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.


Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.


Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.


Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.


Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.


Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.


Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.


Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.


Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.


Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.


Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.



Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari,sekurang-kurangnya sebuku roti.





myMetro | Bayi menggigil

myMetro | Bayi menggigil

Saturday, June 26, 2010

A famosa, Melaka



...bosan kerana perancangan untuk ke Ayer Hitam tidak menjadi, jadi aku uploadlah gambar pergi ke A Famosa Melaka cuti Wesak baru-baru ni....huhuhu
Kawasannya sangat luas, ada pohon2 untuk berteduh, ada time2 dia berombak wah seronok sangat suailah nak bawak family datang berkunjung.
hehe jalan yang kitaorang lalu ni, permulaan perjalanan ok jek, sampai satu simpang lagi dah sesat baru, kalau ikutkan perjalanan tak lah jauh sangat dari umah aku...excited sangat nak pergi.
seronok diaorang ni mandi air...qoid, uncle joe, ijlal, adam , pak long, uncle J , dinie dan naufal...pucat2 semua jari marinya.
memang cantik tempat ni, waktu ni tiket masuk rm 40 ringgit seorang, tapi lepas mandi ada disediakan makanan dan air, tiket jangan hilanglah ye. Boya pun ada sewa boya rm 20, nanti dia pulangkan deposit rm 10 bila pulangkan boya, yang penting boya jangan hilang hehe..:)

tokbak dan tok man bersama iman tak lepaskan peluang, cuma dapat tengok air jelah ..huhu..
iman waktu ni baik lah tu, tak meragam dan sebagainya...yang ruginya akulah tak dapat nak mandi jugak huhuhu...
nanti kalau ada waktu free leh rr datang balik dan mandi sepuas, puasnya...

Friday, June 25, 2010

korang layan bola aku layan drift

huhu layan cerita ni malam ni di saat2 mereka2 itu melayan bola , apa2 pun harap dapat dengar berita gembira dari portugal..yeah!!!



Thursday, June 24, 2010

“My Mind is the Scene of the Crime”

apa rahsia saya yang paling berharga dalam fikiran saya yang saya tidak mahu dicuri ialah rahsia menyimpan rahsia saya dalam fikiran saya agar tidak dicuri oleh orang lain..macam mana pulak begitu ya...faham ke tidak ni!..

Sypnosis

Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) seorang pencuri mahir, mutlak terbaik dalam seni berbahaya pengekstrakan: mencuri rahsia-rahsia berharga dari dalam dalam separa sedar semasa keadaan yang diimpikan apabila fikiran ialah padanya paling lemah. Keupayaan luar biasa Cobb telah membuat dia seorang pemain idaman dalam dunia baru yang sebegini curang pengintipan korporat, tetapi ia juga telah membuatkan dia seorang pelarian antarabangsa dan menelan belanja dia semuanya dia pernah ada disayangi. Kini Cobb sedang ditawarkan satu peluang di penebusan. Satu kerja berterusan boleh memberi dia hidupnya kembali tetapi hanya jika dia dapat mencapai mustahil—penubuhan. Sebaliknya....oppsss kena tengok lah nanti yer...:)


poster

lost


dah lama tak nengok cerita ni sebab tak dan nak tengok tv, sibuk je memanjang ..hehe baru2 ni sekolah ku dah kehilangan beberapa orang gur sebab berpindah , jadi guru ganti ppun masih belum sampai..entah ada entah tidak guru yang akan mengantikan guru-guru yang telah berpindah tu...so banyak kerja sampai favorite story pun tak leh nak tengok..huhu trylah beli ni kot haha..

Saturday, June 19, 2010

suka2 jer...

ragam si iman.

8.5kg


mmm iman sekarang dah masuk 7 bulan ..hari tu gi timbang dan gi cucuk 6 bulan , lewat cucuk sebab klinik dah kehabisan ubat wah gitu pulak dah, dah buat appoiment tapi ubat tak de..nurse tak check ke..hehehe :)

bawak si abg qoid sekali timbang jek...oklah tu, hari ni pulak si qoid demam panas..huhu time mr. y tak ada anak demam lah pulak ..aduhai tak menahan..cuti sekolah pun dah nak habis dah start sibuklah pulak next week..

iman semakin hari semakin aktif..hehe seronok tengok perkembangan iman ni, comel dan montel tak sabar nak tengok dia berjalan pulak..hehehehe


Saturday, May 29, 2010

8.8 kg

iman n balqis


ude n pak ude

bulan ke 6, masih lagi tak cucuk 6 bulan, sebab iman batuk dan selsema...berat semakin naik dah tu, sejak makan dan bertambah sikit berat badan. alhamdulillah.

Iman batuk sangat, nak wat cam ner yek, dah bagi ubat batuk 2 kali tak tak reda jugak, malas dah nak bagi sebab tak baik untuk perkembangan otak dia, so aku bagi antibiotik jek....batuk iman tak ganggu paru-paru dia, cuma ganggu tido dia ajer..batuk berkahak...dah pandai nak tdo kat bawah je..masuk buai jer nangis , masuk buai nangis isk isk isk iman ni banyak dah akalnyer..

baru2 ni adik ipar kawin..wah meriah sangat, lepas sorang sorang anak perempuan abuye kawin huhu tahun depan sorang lagi kot.Insya Allah. Masing-masing dalam proses perkembangan keluarga, memperbanyakkan ahli keluarga dan mengeratkan silaturahim sesama sendiri..

Saturday, May 1, 2010

mei dah..



...dah masuk bulan mei dah kejap jek masa berlalu, bukak mata tutup mata dah hampir pertengahan tahun...entah apa yang aku nak update ni pun aku tak tahu..
tapi aku harap aku dapat beli laptop mini hahahahaha..senang aku leh up date blog kat mana2...kalau ada internet..nak jugak macam orang ada broadband...memandangkan kepada pembaziran dibiarkanlah aja niat itu berkubur ditengah jalan..:)

y cuti sekejap aja kali ni, yelah adiknya nak kahwin hujung bulan ni, seronoklah abuye dan umi dapat menantu baru...wah nampaknya macam berlawan2 lak bak ngan abuya nih, lepas sorang2 mengahwinkan anak perempuan mereka..

baru2 nih bak wat kenduri tunang mak yang dia..wah alhamdulillah akhirnya mak yang dah bertunang, didoakan agar kekal hingga lah naik ke jinjang pelamin..

oh nak upload gambar tunang mak yang ler..hehe

Sunday, April 18, 2010

7.7kg

iman dah masuk bulan ke 5, masih belum makan, hanya jadi pemerhati sahaja, sambil menjilat2kan lidahnya ke bibir seperti ingin makan, nanti ya sayang ibu belikan nestum...hehehe.
so beratnya 7.7kg, tak banyak naik, oklah tu nanti obest pulak, ibu pun tak larat nak dukung lelama..hehehe

banyak kes buang bayi dan penderaan kanak2 sekarang, entah mana letaknya sifat kasih sayang dan kelembutan dalam diri manusia sekarang..adakah mereka ni setan yang bertopengkan setan..memang setan ..

setan pun tak menganiaya sesama meraka, mereka cuma berjanji untuk menghasut cucu cicit nabi adam...huh dunia sekarang semakin panas....





Wednesday, March 17, 2010

7.2kg


4 bulan

iman dah 4 bulan sekarang nih, cepat betul masa berlalu, hari nih gi klinik timbang si kecik iman nih, dah 7.2 kg dah si iman nur nih..heheh debab sangat, paha sangat berisi hingakan tak boleh meniarap lagik tu...
perancangan 5 tahun kehadapan dah tercapai satu hahaha, cepat betul perkara yang satu nih berlaku.

ingatkan cuti sekolah nih dapat ler bergerak kemana2 melawat tempat2 yang terindah, hehehe rupanya honeymoon kat umah jek...ingat nak gi tasek bera hehehe masih belum terlaksana ( penat n tak cukup masa)..
y masih tak gi kerja lagik lepas kenduri anjang hari tu, sibuk renew lesen dan buat medical so sampai hari still at home layan aku dan anak2, ok gak tuh hehehe aku suka y tak gi kerja cuma gaji jelah sikit.

sebab dah lama tak update blog nih so hari ni leh rrr update sikit2...mmm hari jumaat ni nak scaling gigi n cabut aduhhhhhh!!!!!!


takut !!

Friday, February 5, 2010

kehidupan perlu diteruskan, begitu juga dengan persahabatan yang terjalin sekian lama, perlukah ia diputuskan di tengah jalan, mmm kakctz dan abang add dah pindah sekolah, mungkin ada yang seronok sangat dengan perpindahan mereka, dan mungkin ada juga yang merasa kehilangan nya..

bagi aku setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan, perpisahan yang mungkin ada pertemuan selepas perpisahan itu atau mungkin tidak akan berjumpa lagik...

selepas drama yang sedih berlalu, ada orang yang bertepuk kegembiraan, bagi aku aku kehilangan sepasangan sahabat yang boleh aku bangga mengenalinya dan mempelajari sesuatu yang berharga walaupun banyak jugak kenangan pahit yang sudah aku tempuh...pahit akan manis juga akhirnya bukan....

dan untuk mengetahui kelemahan diri sendiri perlu bertanya kepada orang..apakah kelemahan aku?...dimanakah kelemahan aku? tapi pada siapa? pada sahabat karib atau musuh KARIB?


.....satu lagi perpisahan yang bakal dan akan berlaku, adakah aku akan bertepuk tangan jugak atau menangis kegembiraan??...hanya aku yang tahu!



Thursday, January 28, 2010

demam

hari ni aku tak berapa sihat, demam, sejak lahir anak ke 3 ni badan seram sejuk jek, yelah sejuk.... mungkin sebab aku tak kuat makan ubat kot.
lepas tu rasa loya jek..mungkin side effect sebab aku dah start ambil perancang keluarga. Penat sangat rasa lepas balik dari sekolah..terkejar2 ambil anak, siapkan ijlal dan berperang dengan qoid...oh masa sangat singkat rasanya...

semalam dapat surat suh pergi kursus linus..wah tak daya betullah sebab baby aku masih menyusu, takkan nak bawak pengasuh kot, pengasuh pun tentu tak nak temankan, dah tu takkan nak nagkut satu family wakakaka,...dah lah y sekarang offshore...aduhai macam2 ler...

jumpa gb untuk diskuss pulak macamana, leh tak ganti orang lain, rugi sangat sebenarnya tak dapat pergi kursus tu,,ah apakan daya anak lebih utamakan...


Wednesday, January 27, 2010

rindu

ah lama dah tak menaip..rindu kat blog aku nih..banyak kerja, kena buat keceriaan kelas, gb dah mengamuk tu..wakakakaka..mental jap.