klik2

Thursday, November 25, 2010

saman

surat saman yang dah di bayar oleh  mr. y

...masa on day way nak gi klang umah pak sedara y, kitaorang dah kena saman yelah sekali nak gi ke kuala kangsar dan cameron highland lah tu....oh saman sebab y potong double line...opss sikaplah katakan yelah hari raya aidiladha, pak sedara dia buat korbanlah...rupa2nya kitaorang yang kena korban dulu hehehehe...apa nak buat , kecuaian diri sendiri....

...so semalam pergilah ke segamat, tujuan utama ialah nak bawa si qoid ke klinik demam dan tujuan kedua ialah untuk bayar saman kompaun rm 200 huhu, tujuan ke tiga ialah beli langsir untuk rumah baru kat keratong 3...
selepas semuanya settle, kitaorang  baliklah.. habis episod hari itu.

semalam pergi segamat lagi untuk bawa si ijlal pulak demam panas..oh dugaan sungguh, y dah sakit2 kepala dah habis satu keluarga kena demam dan sakit kepala, apa orang kata weather shock haha yelah baru turun cameron, on da way gi segamat aku bawak keta, balik tu lepas pekena nasi ayam gemas kat segamat y bawak pulak...sampai kat satu tempat y dah mengadu sakit kepala, so tukar driverlah...

dah tukar driver, aku bawak tak sampai 1 km nampak orang bagi lampu ..sah dah tentu ada polis kat depan , so aku slowkan keta, memang betullah ada polis traffic,, yang tak bestnya si abang polis ni naikkan bendera merah dia dan arahan aku ketepi jalan ..warrgghhhh...aku dah kena samannnnnn...baru bawak keta tapi dah kena saman tak aci.....si abang polis bagi salam dah bagi tahu kesalahan aku memecut 110km huhu..keta macam ni tak terasa memecut ni cik dia beritahu aku...aku bagi tahu dia saya baru jer bawak encik.....

abang polisi terus mintak ic dan lesen, apa lagi aku pun turun keta dan mintak maaf atas kecuaian aku dan mintak kurangkan sikit harga saman...mana taknyer speed trap rm 300 maaaa...banyak tu boleh beli baju sekolah dan kasut si ijlal...dia berkeras dan suh buat pilihan nak bayar sini atau nak surat saman yang akan di pos 3 minggu lagi. Aku cakap aku mintak kurang dan mintak tukar kesalahan tak pakai tali pinggan keledar supaya rege saman tu tak ler mahal sangat sebab semalam baru jek settlekan saman si y..huhuhu..
...pendek cerita gedebak gedebuk aku di suruh bercakap ngan tuan sarjan dia, sebab cik abang polisi tadi nak saman orang lain yang sama kesalahan dengan aku hehe...

tuan sarjan tanya aku kerja apa, anak berapa orang, itu kereta sapa dan akhir sekali pesanan maut untuk aku supaya sentiasa memandu ikut had kelajuan yang diberikan..tuan sarjan mintak ic dan lesen utnuk lihat-lihat dan kembalikan semula kepada aku tanpa menulis dan tanpa aku sain dimana2...alhamdulillah nyaris nak kena saman rm 300, syukur sangat, setelah ucap banyak2 terima kasih aku pun berlari dapatkan y...ni semua salah y hehehe, tapi ada himahnyerkan tukar driver, agaknya kalau y yang bawak mesti kena saman lagi...

so aku masih bersih daripada kena saman....:)

p/s rakan2 blogger jangan bawak laju2 tau




6 comments:

Pencacai Alim said...

aku pnh kna byk kali..mnta kurang hampeh tak bagi..

love is forever said...

agaknya PA mulut tak cukup manis haha

Pencacai Alim said...

dh terlebih manis..hakhakhka

bile mau update?

Khairy said...

ai..110 je? honestly, aku selalunye bawak 160...setakat ni takde kena lagi...alhamdulilah...jgn jelez..hehe

sonata anak kancil said...

kena saman seriau...kadang2 kena gak...sebab hubby bawak laju di hway...bayor aje le!

piewahid said...

ckp elok2, ngaku salah dan mintak maaf, insya-Allah dia org leh tolak ansur... tapi kalau speed limit 110km sejam, speed sampai 180km sejam, tanggunglah!

p/s- raya aji bru2 ni kami ke kratong 3, rumah abg.