klik2

Showing posts with label segamat. Show all posts
Showing posts with label segamat. Show all posts

Sunday, October 9, 2016

noor khaliq zuyyin

assalamualaikum
dah lama tak menaip kat sini... rumah ni dah lama sepi.
sibuk sangat sampai tak de masa nak menaip katblog kesayangan ni
tengoklah tajuk hari ni nama seorang putera. rupa2nya aku dah selamat melahirkan seorangputera dalam diam diam hehehe.

9 bulan 10 hari plus overdue 2 hari boleh ke kata mcm tu... minggu 40.. 
pada tanggal 28 september 2016 pukul 12.34 am hari rabu dengan kesakitan dan kurang kesabaran dapat jugak mellahirkan putera hati ke 3 anak ke 4 dengan jayanya. ALHAMDULILLAH syukur sangat kepada ALLAH.



lahir kat segamat, sebelum ni abang2 dan kakak bersalin di hospital muadzam shah. yang ini nak berjalan jauh sikit hehehe. selamat bersalin di hospital segamat untuk meramaikan bangsa johor. terima kasih abang yang sentiasa menemani diri ini.

Thursday, November 25, 2010

saman

surat saman yang dah di bayar oleh  mr. y

...masa on day way nak gi klang umah pak sedara y, kitaorang dah kena saman yelah sekali nak gi ke kuala kangsar dan cameron highland lah tu....oh saman sebab y potong double line...opss sikaplah katakan yelah hari raya aidiladha, pak sedara dia buat korbanlah...rupa2nya kitaorang yang kena korban dulu hehehehe...apa nak buat , kecuaian diri sendiri....

...so semalam pergilah ke segamat, tujuan utama ialah nak bawa si qoid ke klinik demam dan tujuan kedua ialah untuk bayar saman kompaun rm 200 huhu, tujuan ke tiga ialah beli langsir untuk rumah baru kat keratong 3...
selepas semuanya settle, kitaorang  baliklah.. habis episod hari itu.

semalam pergi segamat lagi untuk bawa si ijlal pulak demam panas..oh dugaan sungguh, y dah sakit2 kepala dah habis satu keluarga kena demam dan sakit kepala, apa orang kata weather shock haha yelah baru turun cameron, on da way gi segamat aku bawak keta, balik tu lepas pekena nasi ayam gemas kat segamat y bawak pulak...sampai kat satu tempat y dah mengadu sakit kepala, so tukar driverlah...

dah tukar driver, aku bawak tak sampai 1 km nampak orang bagi lampu ..sah dah tentu ada polis kat depan , so aku slowkan keta, memang betullah ada polis traffic,, yang tak bestnya si abang polis ni naikkan bendera merah dia dan arahan aku ketepi jalan ..warrgghhhh...aku dah kena samannnnnn...baru bawak keta tapi dah kena saman tak aci.....si abang polis bagi salam dah bagi tahu kesalahan aku memecut 110km huhu..keta macam ni tak terasa memecut ni cik dia beritahu aku...aku bagi tahu dia saya baru jer bawak encik.....

abang polisi terus mintak ic dan lesen, apa lagi aku pun turun keta dan mintak maaf atas kecuaian aku dan mintak kurangkan sikit harga saman...mana taknyer speed trap rm 300 maaaa...banyak tu boleh beli baju sekolah dan kasut si ijlal...dia berkeras dan suh buat pilihan nak bayar sini atau nak surat saman yang akan di pos 3 minggu lagi. Aku cakap aku mintak kurang dan mintak tukar kesalahan tak pakai tali pinggan keledar supaya rege saman tu tak ler mahal sangat sebab semalam baru jek settlekan saman si y..huhuhu..
...pendek cerita gedebak gedebuk aku di suruh bercakap ngan tuan sarjan dia, sebab cik abang polisi tadi nak saman orang lain yang sama kesalahan dengan aku hehe...

tuan sarjan tanya aku kerja apa, anak berapa orang, itu kereta sapa dan akhir sekali pesanan maut untuk aku supaya sentiasa memandu ikut had kelajuan yang diberikan..tuan sarjan mintak ic dan lesen utnuk lihat-lihat dan kembalikan semula kepada aku tanpa menulis dan tanpa aku sain dimana2...alhamdulillah nyaris nak kena saman rm 300, syukur sangat, setelah ucap banyak2 terima kasih aku pun berlari dapatkan y...ni semua salah y hehehe, tapi ada himahnyerkan tukar driver, agaknya kalau y yang bawak mesti kena saman lagi...

so aku masih bersih daripada kena saman....:)

p/s rakan2 blogger jangan bawak laju2 tau




Saturday, October 30, 2010

kulit babi

....ibu oh ibu, ibu tengok ni, ibu nampak tak bintik2 nih.....mmmm oh dalam hati aku dah terlintas dah alamak kulit ba alif ba ya....oh!

terus google image kulit itu, sebab selama ni hanya pernah terdengar orang membicarakan tentang kasut yang di beli di pasaraya berkulit haiwan itu. Hampir sama lah jugak ( sebab pada mulanya tak dapat terima hakikat kot kulit yang di depan mata tu sama dengan image yang kat google )

....ok baru2 ni y ada beli iphone4 kat maxis segamat, y juga terus beli pouch yang turut di jual kat situ, balik umah y pun belik2lah iphone dia, ternampak ler kat pouch dia kulit haiwan berkenaan heh! apalagik mulalah was-was....

lining kulit babi
ha....nampak tak bintik2 tu

tulah sangat excited dapat barang baru, sampai tak perasaan pada mulanya, nasib baik hanya aku dan y jek yang pegang, kalau tak satu kelurga pulak kena samak, hehehe.
jadinya kami berdua bersamak ler dengan air tanah sekali dan air biasa 6 kali huhu, adalah pengalaman bersamak.