klik2

Saturday, October 30, 2010

kulit babi

....ibu oh ibu, ibu tengok ni, ibu nampak tak bintik2 nih.....mmmm oh dalam hati aku dah terlintas dah alamak kulit ba alif ba ya....oh!

terus google image kulit itu, sebab selama ni hanya pernah terdengar orang membicarakan tentang kasut yang di beli di pasaraya berkulit haiwan itu. Hampir sama lah jugak ( sebab pada mulanya tak dapat terima hakikat kot kulit yang di depan mata tu sama dengan image yang kat google )

....ok baru2 ni y ada beli iphone4 kat maxis segamat, y juga terus beli pouch yang turut di jual kat situ, balik umah y pun belik2lah iphone dia, ternampak ler kat pouch dia kulit haiwan berkenaan heh! apalagik mulalah was-was....

lining kulit babi
ha....nampak tak bintik2 tu

tulah sangat excited dapat barang baru, sampai tak perasaan pada mulanya, nasib baik hanya aku dan y jek yang pegang, kalau tak satu kelurga pulak kena samak, hehehe.
jadinya kami berdua bersamak ler dengan air tanah sekali dan air biasa 6 kali huhu, adalah pengalaman bersamak.





8 comments:

sonata anak kancil said...

salam....dalam kehidupan kita kadang2 kita pun terlupa....harap tidak berlanjutan...

love is forever said...

harap2 tak dah , kena teliti ler past ni, nak beli kasut atau beg tangan atau barang2 kulit yang lain..

Mario said...

penah gak terkena dulu...kena hati2 selalu...

Pencacai Alim said...

ba alif ba ya..bahaya..kene samak la pasni

love is forever said...

mario > dah samak ke hehe

PA > dah samak ler

Nafisa81 said...

taknampak la bintik2 nyer..tapi takpe..maknenyer bukan kasut jer...lain2 barang asalkan kulit lepas ni kena teliti...

love is forever said...

ya betul tu nafisah, jangan sebarang peganag kang jadi macam akak kena samak huhu

dunk ishak said...

as salam, tul ke ni kulit babi?
alamak..huhu
tp dari website ni dia kata bentuk acm segitiga piramid gitu..

http://www.ardinihumaira.com/2010/10/mengenal-barangan-yang-diperbuat.html

thanks