klik2

Thursday, August 12, 2010

poco-poco ke raba-raba

alamak mak...

ibu dia sibuk nak poco-poco anak dia sibuk nak raba hehehe..asallah jadi macam ni..itulah si qoid tak menentu mood dia, adakalanya baik adakalanya emo tak tentu pasal...heheh
beberapa hari sebelum pose , tempat aku ada karnival iktiraf anjuran felda..huhu meriah jugak lahkan..sebab dah lama tak ada n3 baru so ambik kesempatan update yang ni...lepas ni karnival iktiraf akan bergerak ke jengkalah pulah hehehehe yeah!


hari ke 2 pose

...akhirnya...

mentari yang panas kalah jua...

selamat berbuka

alhamdulillah

Thursday, July 22, 2010

berfoya2 dan pemantauan

...sedang jiwa aku bergelombang nak berfoya2 , bersuka-suka tapi dalam waktu yang sama jantung aku berdegup kencang mengenangkan pemantauan literasi dan numerasi pada 27-29 julai ni ..aarrgghhh nak enjoy tapi tak berapa boleh nak enjoy sangat sebab fikiran asyik teringatkan pasal pemautauan..aduhai nasib nasib....

data2 semua dah lengkap cuma masih belum dikemaskini saja..borang2 semua dah diisi cuma masih belum sempurna untuk dilihat dengan cantik, masih perlu dimurnikan apa yang patut..setakat nak tengok data dan borang2 tak apa lagi..ni dia nak nengok kita mengajarlah pulak...huhuhu tension tension...kenapalah perlu macam tu yek..sebenarnya bukan tak biasa kena observe nih. cuma tak senang diperhatikan..biasa relax jer mengajar..dah ada orang tengok jadi kekok lah pulak..

..apa2 pun esok nak jemput mr.y balik.., turun kat klia dan pick up him kat pilah je lor..kalau jadi jemput..miss u so much ..:)

Wednesday, July 21, 2010

bomoh

...entah kenapa aku leh pulak teman ctf gi jumpa bomoh huhu, bomoh yang aku jumpa ni boleh bercakap jawa..( indon )bila dia sedang menurunlah..

sedikit sebanyak banyak pesedaran yang aku perolehi dalam kehidupan berumahtangga ni..ya Allah semuanya telah dirancang...Tuhan yang menentukan...tapi sesungguhnya yang mahukan perubahan ialah dalam diri kita sendiri, pokok pangkalnya diri kita dan niat kita....

syurga di bawah tapak kaki suamikan? so thingking...???


sangat letih hari ini...tak sabar tunggu hari jumaat hehehe

Sunday, July 18, 2010

sebelum tido

...sebelum tido rasa ingin menaip pulak, baru jek habiskan kerja sekolah aku yang sepatutnya aku siapkan sebelum jumaat hari tu..alhamdulillah berjaya jugak akhirnya..esok lusa mungkin ada pulak pemantauan literasi ..aduhai cam tulah kerja..setiap pekerjaan ada pemantauan...maklumlah untuk meningkat kualiti.

pejam celik, pejam celik dah 1 dekad berkhidmat dengan kementerian pendidikan ni..semoga aku terus success dalam bidang yang aku kerjakan ni, maklumlah kalau boleh pekerjaan yang kita lakukan tu dapat juga kita bekalkan untuk ke akhirat, insya Allah semuanya bergantung pada niat kita...u r what u thinking right! Go fina..oh dah lama tak guna nama tu welcome back hahahaha.

hehe tak sabar rasanya tunggu hujung minggu ni, kekasih hati balik dan nak gi family day kat cherating bayview..lalalala...berfoya-foyalah pulak.

Wali Band-Aku Cinta Allah (Dgn Lirik Lagu)




menginsafi diri dengan mengetahui diri ini kurang ilmu....ALLAH jangan tinggal aku Ya ALLAH!..ampunkan dosa-dosaku....