klik2

Tuesday, January 24, 2012

pokcik kawin dah


 buah-buahan, kain sembahyang, kuih, coklat baju pasang, kasut dan beg antara barang hantaran yang dihadiahkan untuk pengantin perempuan.


 sama cantik sama padan ibarat pinang di belah dua. sabar ya pokcik hehe :)


kek kawin mokcik dan pokcik serba hijau. i like my fav color too.


my dear girl always run and play. she like too.


manis senyuman  pengantin, maklumlah raja sehari.


Akhirnya pokcik telah menamatkan zaman bujangnya, alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik. Itupun setelah berjam2 duk kat masjid depan rumah pengantin. Oklah tu ada tempat berteduh. Pelik pulak tak sampai pun air ke kuih ke untuk tetamu jauh yang datang menunggu huhu. Walaubagaimana pun yang penting semua selamat.
Antara barang hantaran untuk pengantin perempuan. Lepas habis majlis kami pun memulakan perjalanan ke Melaka pulak...next trip ok :).




Thursday, January 19, 2012

istikharah cinta


Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


edho_sigma(at)yahoo.com

p/s mengharap kasih pada yang sayang, kerana aku malu nak mintak :(




Monday, January 9, 2012

melaka river cruise

...selamat interaksi pertama hehe, dapat jugak bersenang lenang di melaka setelah seharian memeningkan kepala kerana input yang banyak. alhamdulillah mr. y sanggup korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk sewa homestay kat melaka ni Jalan Bachang. menginap di Adeleen Villa dengan aman sekali selama 3 hari 2 malam itu, harganyer pun berpatutan rm 270 jek rege kawan2.

jom layan gambar.
 adeleen villa

sungai melaka

entah bila pulak dapat naik nih hehe,pastinya ini kali ke 2.


Thursday, December 29, 2011

lulus

....tahniah untuk aku buat semester ni walaupun tidaklah banyak mana yang aku dapat sudah cukup buat aku rasa bangga. alhamdulillah yang tidak terhingga, rasa syukur kehadrat Ilahi dengan redhaNya. biarlah aku kongsi di sini sahaja kegembiraan ini.

 Alhamdulillah juga kerana hari ini jugak aku telah menerima anugerah walaupun tidak  seberapa dan bukan untuk aku seorang tetapi bersama teman sekerja, sebagai penyelaras dengan terpaksa rela pergi mengambil anugerah kecemerlangan pendidikan. kalau ikutkan hatinya malas jek nak pergi, guru besar sorang pun dah cukup huhu.

untuk dia sorry, same thing takkan tak tahu lagik aku tak suka menunggu sebab sepanjang hayat aku menunggu dia selama ini tolonglah hargainya.

Wednesday, December 28, 2011

Pening

Kenapa aku rasa pening dan berdebar2, huk huk stress kot result dah nak kuar, apakah ada harap untuk lulus... Insya Allah. Tabahkan hati hambamu ini....

Saturday, December 10, 2011

gerhana bulan

......daa, salam semua dah lama tak update bloog, hari ni gerhana bulan tapi kat area aku tak leh nak tengok bulan awan tebal dan berhujan.

windu nak menaip tapi tak de masa, lepas habis exam hari tu baru hari ni nak update balik....harap2 exam lulus cukup makan jadilah, tadi tengok web maktab dah ada dah kalender untuk tahun 2012, beberapa hari lagi kita sambut tahun baru..adios.