klik2

Friday, January 1, 2010

orientasi ijlal

selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua
hari ni gi antar ijlal untul orientasi tahun satu, semua berjalan lancar sepereti biasa , selepas mendengar taklimat guru besar, kami dia rahkan untuk memasuki kelas masing2 untuk mengisi borang ssm , mengisi maklumat murid dan pemberian buku teks..

...sementara ibu bapa mengisi borang, murid2 dibawa untuk melihat kawasan sekitar sekolah..hehehehe kenangan menyayat hati apabila murid2 selesai melihat sekitar sekolah, murid2 diarah kembali ke kelas masing2..lama jugak aku menunggu ijlal, tapi kelibat ijlal masih tidak kelihatan,,tak berapa lama selepas itu, kedengaran suara yang aku kenal menangis..hahahha

tak lain tak bukan anak aku ler..salah masuk kelas dan tidak menjumpai aku dikelas satu lagik..hahaha..kesian betul, at least lepas ni dia dah ingat kelas mana yang dia kena masuk bila mula persekolah 4 jan nanti.


2 comments:

Myza Pesona said...

Salam Fina,
Kak Myza hari ni yang sibuk. Nak uruskan hal anak2 di sekolah agama dan tadika. Selesaikan urusan bayaran tambahan dan buku teks. Urusan sekolah kebangsaan, 4 Jan nanti !

love is forever said...

yelah..fina lak berdebar2 , maklumlah anak baru nak belajar sekolah..hehe