klik2

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

cinta dan cerita si ayah semut qoid


Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat... ayang akan faham bila kahwin nanti,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.

Senyum.

cerita dari Tuan Ibrahim b Tuan Man

Tuesday, November 27, 2012

deposit

assalamualaikum...

asal masuk sini boring, asal masuk entry baru mula alasan dah lama tak masuk, dah lama tak update blog, dah tersedar dari kemalasan, kesakitan dahn lagi dan lagi dan lagi...hehe

last update bulan lepas beb, ni update semula untuk bulan ni, satu entry setiap bulan pencapaian terbaik mengalakkan pasukan bola sepak negara yang main dengan singapore baru2 ni, mcm cibai pun ada aku tengok haha, sorrylah bukan nak merendahkan martabat pemain negara tetapi alahai this is not an experiment beb.

awal bulan nih en . Y ada belikan sumthing yang bestlah yang boleh aku katakan terbaek sepanjang tahun nih, sebab memberikan servis yang terbaek jugak ( barangkali ) bukan kebarangkalian yer...alahai bila sebut kebarangkalian ambik nafas panjang dan hembus, senak perut....mengeluhlah beb, just wait n see.


oh ok pembelian en. Y yang excelent NOTE 11 alahai best beb sempena apa aku pun tak tahu just he wanna apprecite me coz  agaknyalah aku mengadu orang lain dah pakai smart pon ( actually aku pun pakai smart phone jugak tapi tak berapa mahal harga dia hahahaha.... ) ala2 jek... tapi aku rasa pemberian en. Y sangat ikhlas. ten kiu abang muahhhhhh.....150 juta kali.




Sunday, September 28, 2008

hujung ramadhan


Selamat Hari Raya Aidilfitri
mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dan perkataan....hehehe...kepada semua rakan2 blogger yang sudi bertandang ke teratak buruk nih...
kasih kat suki n akira dan wanfadillah sebab bagi kad raya...tak balas pun kad raya korang..tahun depan pn.fina balas yek..itu pun kalau ingat.
special untuk datuk shahbandar n cinta suci abadi, semoga ceria dan sempurna menyambut syawal yang bakal menjelma...insya allah.


Friday, June 20, 2008

kutulis dengan cinta


....malam yang hening, sepi, sedih sentiasa menemaniku...kutulis dengan cinta, ku tulis dengan airmata...ya Allah....berdetap jantung hati...saat itu..kau yang mampu melumpuhkan hatiku...aku pasrahkan semua hanya kepadamu...oh!aku ditinggal pergi lagi...tiada ucapan selamat malam...
aku tahu aku bukan yang pertama...aku tidak setanding dia...aku entah ranking ke berapa....tapi aku mampu menghangatkan luruhmu...meresapkan harumku ke kalbumu...
kau kata cinta pertamamu untuk Tuhanmu...cinta keduamu untuk Rasulmu..cinta ketigamu untuk yang melahirkanmu....aku berserah...siapalah aku....

Bahagiakanku dengan tulusmu
Bahagiakanku dengan senyummu
Tenteramkan aku dengan zikirmu
Teduhkanlahku dengan restumu
Doakanlahku ibundaku

Terima kasihku pada ibunda
Atas segala restu ikhlasmu
Terima kasihku pada ibunda
Atas limpahan kasih sayangmu
Hormat takzimku selalu

Ku bersyukur padaMu Rabbi
Bundaku sihat selalu
Dan berharap akan redhaMu
Dengan redha ibundaku
Dengan restu ibundaku
Dengan doa ibundaku

..itu yang kau dendangkan selalu....kupasrahkan semua...irama sukma yang mendambarkan kesuburan cinta demi kesucian Ilahi...terima kasih pada bundamu kerana lahirkan kau untukku...

"U" always in my heart

Thursday, June 12, 2008

ada untuk mu


....mr.y....


thank u
masakkan kew tiau untuk ku
sedap u

thank u
menjaga aku seminggu
demam tu

thank u
meminjamkan bahu mu
untuk lena ku

ada untuk mu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita


"U" always in my heart..
mahu jadi Teman Sejiwa...

Friday, May 23, 2008

kekasih gelapku


..mmm hari ni aku nak ceritakan pasal kekasih gelapku...kenapa dia gelap....hehehe...dan kenapa aku sayang kepada kekasih gelapku...
bila sebut kekasih tentunya seseorang yang kita sayang...dan gelap...sesuatu yang tak terang..kurang nampak...mmm ( tak rujuk kamus )..

tapi bila sebut kekasih gelapku....hehehe...opppss adakah aku selingkuh(istilah indon)...huhuhu nauzubilah...takut tak cium bau syurga nanti...

ok ok..kenapa aku sayang kekasih gelapku...sumber inspirasiku..ya sumber inspirasiku..cam idolalah cam tu....aduhaiiiiiiii..lagi mau tanya...

satu lagi kenapa aku sayang kekasih gelapku...ialah sebab aku sayang dia...tidak kah di dalam Islam suruh sayang menyayangi sesama Islam....mmm think positiflah...huhu..

baru jek baca blog atuk...pengalamannya di india..huhu menarik..tak dapat pergi india pun bila baca cerita tu rasa macam berada kat india pulak....mmm rasa nak tengok kuch kuch ho ta hai sekali lagi ...

mr.y u should baca my blog ni...jangan asyik bergosip kat cari.com jek...
mmm....and 'U' always in my heart.
kekasih gelapku.... di Balik papan


dan ini khas untuk sapa2 yang mempunyai kekasih yang gelap...enjoy urself..

ku mencintai mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya, kekasih gelap ku

Yakinlah bahawa engkau adalah cinta ku,
yang ku cari selama ini, dalam hidup ku
Dan hanya pada mu ku berikan sisa cinta ku,
yang panjang dalam hidup ku,
hidup ku…


Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku
Meskipun kau hanya, kekasih gelap ku
kekasih gelap ku…

p/s aku menghormatimu seperti aku menghormati mak,umi,bak n abuye ku.