klik2

Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Sunday, October 12, 2014

BIG sem 6

Nama : Nurul Nurliyana bt Mohd Nasir
No Kad Pengenalan : ?
PPG Ambilan Jun 2011

REFLEKSI BIG FASA 6

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

Pada BIG Fasa 6, saya telah menjalankan program lawatan penanda aras di Sekolah Rendah Arab JAIM Batang Tiga Timur, Bukit Rambai , Melaka. Bertolaknya kami dari  IPGKPM dengan menaiki bas IPG dan setibanya di sana kami ditaklimatkan oleh Pengerusi tentatif pada hari tersebut. Kami telah disambut dengan meriah oleh Guru Besar SR Arab Batang 3 Timur, Bukit Rambai iaitu Pn. Faizah binti Hj. Ab Karim beliau sangat bersemangat memberi penerangan mengenai sekolah beliau dan mempunyai staff yang rajin berusaha dan bersemangat untuk mengajar. Beliau juga membenarkan guru-guru beliau untuk terus sambung pengajian. Beliau juga merupakan Guru Besar Cemerlang.
Selepas ucapan alu aluan dari guru besar, kami telah mendengar taklimat Guru Cemerlang Pemulihan Khas iaitu Pn. Zaidah binti Abu Bakar. Beliau juga bersemangat memberi penerangan dan dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi pengalaman dan idea yang telah beliau curahkan untuk mendidik anak bangsa dan memberi semangat kepada guru-guru lain sebagai tauladan guru. Pn. Zaidah merupakan Jurulatih Utama (JU) Pemulihan  dan juga telah mewakili Negeri Melaka sebagai Peserta Kursus Pemulihan Peringkat Kebangsaan.
Antara kebaikan sekolah ini ialah guru-gurunya sangat disiplin, fakAtor guru-guru adalah salah satu factor yang menyumbang kepada pengiktirafan sekolah sebagai sekolah cemerlang. Kebanyakkan guru-guru sekolah ini sangat komited kepada kerjaya mereka dan sanggup berkorbankan masa dan tenaga untuk meningkat prestasi sekolah mereka. Faktor lain ialah murid-murid yang cemerlang dalam bidang pelajaran malah aktif juga dalam sukan squasy  di peringkat Kejohanan Squasy Antarabangsa Singapore.
Antara kelemahan yang dapat saya lihat dalam program ini ialah aspek peruntukan masa, masa 10 jam tidak cukup untuk kami mendapat maklumat keseluruhan tentang SR Arab Batang 3 Timur ini.
Pendedahan pada program ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Melalui lawatan penanda aras ini guru akan jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Selain itu guru akan lebih mempunyai ilmu dan idea dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah nanti. Program Bina Insan Guru (BIG) dan 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin walaupun sudah bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.







Wednesday, May 4, 2011

Saat2 terindah ii

salam....dah lama aku tak mengupdate blog nih ..yelah bila ada problemo barulah terhegeh-hegeh nak update blog, kononnyer nak luahkan perasaan kat blog supaya lebih selesa selepas dapat luahkan perasaan kat 'tong sampah ' ni hehehe...

entah nak luahkan apa pun aku tak tahu tension ke aku atau sengaja nak bermanja2 kat sini...lalalala
.....aku akui kehidupan ini tak semestinya dalam perancangan, membina perancangan sendiri dan diakhiri dengan ketidakselesaan atau langsung tidak dapat memenuhi perancangan...mengimpikan sesuatu yang indah tetapi dengan sekelip mata sahaja hilang begitu saja...semuanya kalah kepada keadaan.
MENGHARAP TINGGAL HARAPAN, MENATAP PULANG TINGGAL TATAPAN.

rasa tak puas hati, rasa bosan, semuanya ada harap dapat melemparkan jauh2 supaya hati menjadi tenang dan selesa. semoga dapat bergembira semula....mengingati saat yang terindah!




Saturday, June 26, 2010

A famosa, Melaka



...bosan kerana perancangan untuk ke Ayer Hitam tidak menjadi, jadi aku uploadlah gambar pergi ke A Famosa Melaka cuti Wesak baru-baru ni....huhuhu
Kawasannya sangat luas, ada pohon2 untuk berteduh, ada time2 dia berombak wah seronok sangat suailah nak bawak family datang berkunjung.
hehe jalan yang kitaorang lalu ni, permulaan perjalanan ok jek, sampai satu simpang lagi dah sesat baru, kalau ikutkan perjalanan tak lah jauh sangat dari umah aku...excited sangat nak pergi.
seronok diaorang ni mandi air...qoid, uncle joe, ijlal, adam , pak long, uncle J , dinie dan naufal...pucat2 semua jari marinya.
memang cantik tempat ni, waktu ni tiket masuk rm 40 ringgit seorang, tapi lepas mandi ada disediakan makanan dan air, tiket jangan hilanglah ye. Boya pun ada sewa boya rm 20, nanti dia pulangkan deposit rm 10 bila pulangkan boya, yang penting boya jangan hilang hehe..:)

tokbak dan tok man bersama iman tak lepaskan peluang, cuma dapat tengok air jelah ..huhu..
iman waktu ni baik lah tu, tak meragam dan sebagainya...yang ruginya akulah tak dapat nak mandi jugak huhuhu...
nanti kalau ada waktu free leh rr datang balik dan mandi sepuas, puasnya...