klik2

Thursday, January 28, 2010

demam

hari ni aku tak berapa sihat, demam, sejak lahir anak ke 3 ni badan seram sejuk jek, yelah sejuk.... mungkin sebab aku tak kuat makan ubat kot.
lepas tu rasa loya jek..mungkin side effect sebab aku dah start ambil perancang keluarga. Penat sangat rasa lepas balik dari sekolah..terkejar2 ambil anak, siapkan ijlal dan berperang dengan qoid...oh masa sangat singkat rasanya...

semalam dapat surat suh pergi kursus linus..wah tak daya betullah sebab baby aku masih menyusu, takkan nak bawak pengasuh kot, pengasuh pun tentu tak nak temankan, dah tu takkan nak nagkut satu family wakakaka,...dah lah y sekarang offshore...aduhai macam2 ler...

jumpa gb untuk diskuss pulak macamana, leh tak ganti orang lain, rugi sangat sebenarnya tak dapat pergi kursus tu,,ah apakan daya anak lebih utamakan...


Wednesday, January 27, 2010

rindu

ah lama dah tak menaip..rindu kat blog aku nih..banyak kerja, kena buat keceriaan kelas, gb dah mengamuk tu..wakakakaka..mental jap.




Wednesday, January 13, 2010

5.51kg

assalamualaikum semua

hari ni gi antar iman gi klinik, bawak si qoid sekali.
iman cucuk 2 bulan, meraung kesakitan, ah sungguh kesian. cucuk 2 bulan nurse kata kalau baby tak kuat leh demam, so aku terus mintak ubat demam takut2 iman demam lak. balik umah terus demah ngan air suam suh ubat jalan larrr...

berat iman sekarang dah 5.5 kg dah oklah tu sebulan dulu 4.4 kg sekilo naik ler hehehe...
lilit kepala 38cm, panjang 58cm

esok dah start mengajar...horeyyyyyyy!!!!!


ten thousand tear past by...

Tuesday, January 12, 2010

hari ke 2


hari ni dah masuk hari kedua iman kat umah mama ecah dia, penjaga si iman masa aku gi kerja nanti,selama ni ijlal n qoid duk ngan tok mak, kes iman ni sebab....

rasa berat hati nak suh orang luar jaga, tapi apakan daya, berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul, airmata murah waktu ini, tapi ku sorokkan airmata agar tidak ada hati yang akan terguris...huhu..

separuh jiwaku pergi ..memang indah semuanya tapi itu yang akhirnya..terpaksa jugak lepaskan iman kepada orang lain...

minggu ke 2 ijlal ke sekolah, everything ok jelah, cuma kena perambat jek suh itu suh ini agar pergerakannya cepat sikit, pagi ialah waktu yang paling sibuk dan cepat masa berlalu....

sungguh indahnya hari yang berlalu sampai tak terasa nak gi sekolah dah khamis nih..hehe dah start sibukkan diringan bebudak sekolah, main dengan budak jelah holding class year one lak tu.. apa lah nak jadi agaknya..dah lama tak ngajortahun satu nih..yelah projek kementerian untuk tahun 1,2 dan 3 tahun ni besarlah tu (3m)..buat jelah..



Sunday, January 3, 2010

debar

aduhai
berdebar2 jek
anak nak ke sekolah esok
macam manalah agaknyer
ibunyer lah pulak yang tension, boleh ke beli makanan kat kantin tu
kuarkan buku yang cikgu nak
buku teks ngan buku tulis dah ler banyak
beg berat lak tu...mmmm aduhai

keluhan sang ibu.

doakanlah segalanya dipermudahkan untuknya..

insya allah.

Friday, January 1, 2010

orientasi ijlal

selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua
hari ni gi antar ijlal untul orientasi tahun satu, semua berjalan lancar sepereti biasa , selepas mendengar taklimat guru besar, kami dia rahkan untuk memasuki kelas masing2 untuk mengisi borang ssm , mengisi maklumat murid dan pemberian buku teks..

...sementara ibu bapa mengisi borang, murid2 dibawa untuk melihat kawasan sekitar sekolah..hehehehe kenangan menyayat hati apabila murid2 selesai melihat sekitar sekolah, murid2 diarah kembali ke kelas masing2..lama jugak aku menunggu ijlal, tapi kelibat ijlal masih tidak kelihatan,,tak berapa lama selepas itu, kedengaran suara yang aku kenal menangis..hahahha

tak lain tak bukan anak aku ler..salah masuk kelas dan tidak menjumpai aku dikelas satu lagik..hahaha..kesian betul, at least lepas ni dia dah ingat kelas mana yang dia kena masuk bila mula persekolah 4 jan nanti.