I lose my way And it's not too long before you point it out I cannot cry Because I know that's weakness in your eyes I'm forced to fake A smile, a laugh everyday of my life My heart can't possibly break When it wasn't even whole to start with
Friday, August 26, 2011
HATI hati dengan hatiku
kerna hatiku mudah lesu
dan aku tak ingin berpura-pura
dan sakit hati kerana perbuatannya
bukan mudah nak ambik barang orang lain
dia harus tahu kita pun bersusah payah untuk mendapatnya
seharusnya dia bersyukur dengan apa yang dia dapat
nak semuanya lengkap tapi memurahkan semua nilai
kata tak serupa bikin, lidah bercabang-cabang
main dengan api akan terbakar dengan api
jaga-jaga jangan sampai si bisu berkata-kata
kalau si bisu berkata-kata bahasanya lebih bisa dari segala!
nak kata nak
kalau tak nak kata tak nak
siakap sinohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama2 mati dalam guni!
Sunday, August 21, 2011
Kasih Sayang by Raihan
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana
KASIH SAYANG PENGUAT CINTA PENGHAPUS DOSA!
LOVE U ABANG DAN ANAK2KU
kejadian semalam
bertolak pukul 5 dengan kawan seperjuangan yelah aka my driverlah sebab aku tak tahu lagi jalan2 nih ( walaupun agak mahir memandu tapi kurang arif dengan jalan )
..15 minit lambat untuk jawab test literasi matematik, aku ada 15 minit lagik nak jawab 20 soalan , terkial2 menjawabnya , jawabnya banyak hentamlah weh....pastu meraban pulak carik kelas titas, perut dah sakit, 3 4 kali cari toilet jek . lepas titas ada pulak ujian BI, pun sama jugak aku pun hentam jugak lah mana yang dan aku tanyalah kengkawan.
masa nak balik tu si kawan akak drive ni ajak ler berbuka kat parkson, sambil shopping dan aku pun apalagik sempat gak carik kasut raya merangkap kasut sekolah, si dia tak beli apa2 pun. masa balik tu ok jelah lepas je tol kompom dapat balik betul sampailah ada cabang 2 satu menghala ke KL, satu menghala ke JB, kitaorg dah kompius pulak dah, nak telefon telefon pulak habis bateri yang si member tu pulak habis credit aduhai bala bala...maka sesat lagilah kami hari tu, 2 kali yang sesat semasa balik dengan dia aduhai apalah nasibbbbbbbbbbbbb....
Wednesday, August 10, 2011
hujan
...sebab tak boleh nak connect ngan streamyx kat umah sebab takut kena panah petir, just try my new prepaid maxis broadband, oklah laju jugaklah, yelah dah jadi mahasiswi nikan mestilah ada ye tak, bak kata orang, orang ada kita pun nak ada jugaklah yer, biarpun setakat prepaid. en. y lah yang beria2 suh beli, yelah senang ibu nak bawak gi maktabdia kata,..... hehe sayang kat abang.
Petua Pengikat Kasih Sayang
“Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu.” [Surah Al-Ghaafir: ayat 60]
Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah:
“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”
Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar. Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
[Surah Al-Ahzab: ayat 21]
alhamdulillah sudah ramadan ke 10, masih lagi taat berpuasa, yelah cuaca pun agak panas kebelakangan ni. sudah habis dah fasa pertama... masuk lak fasa kedua...