klik2

Tuesday, April 22, 2008

AIR SEMBAHYANG

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.Ikhlas kerana
Allah.

Wasallam.

Saturday, April 19, 2008

cuti

huhu...bila aku sudah tiada ..simpanlah semua laguku... dah nak masuk 3 minggu dah cuti..cam boring jek..rindu ngan kengkawan kat sekolah...hehehe...sedang bercuti ni..macam2 leh buat masa cuti nie...rindu kat memurid aku..apa yang dia orang wat kat sekolah ni...alamatnyer tertinggal banyak ler topic2 penting ni..tak belajar grammar...bila aku sudah tiada..simpan semua laguku..jangan ditangis selalu..mungkin hidup sementara..bila jumpa pengantiku jangan lupakan aku....mmm sedang dengar lagu kumpulan hujan - bila aku sudah tiada...dalam maknanyer...
alangkah indahnya jika bila mampu hidup selamanya...siapa sangka bila tiba masa kita untuk pergi selamanya....eee kekadang ngeri gak ngan lirik dia...sapa tulis rr..orang yang dah meninggal dah yang tulis lirik ni....
mmm...

Friday, April 18, 2008

aqay


my second son. Berat 3.35kg 2 april 2.52 am...Alhamdulillah..syukur sangat ke hadrat Ilahi....kenangan terindah setiap kali melahirkan putera2 ku...yang second ni tanpa ditemani suami tersayang..sedih gak sebenarnyer..tapi tak de rezeki suami nak tengok aku lahirkan si AQAY..apa pun baby selamat aku pun selamat..