klik2

Friday, December 28, 2012

Isteri solehah~

Isteri solehah~

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

WAHAI MUSLIMAH
mudah-mudahan kita seperti ini

ISTERI SOLEHA dunia AKHIRAT...amin...~~~

Sunday, December 9, 2012

al fatihah

...al fatihah..

insan yang pernah bersama dan meninggalkan aku (family n best fren) untuk selama-lamanya

arwah mak cu
arwah nijam
arwah tok long ( sayang sangat )
arwah nenek ( perak )
arwah nenek ( sekinchan )
arwah atuk (sekinchan )
arwah tok bak ( mersing )
arwah pak mok (mersing )

..al fatihah .. untuk mereka semua, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana.

no more Istanbul here

...aku datang atau dia yang datang..

aku datang dia yang pergi untuk selama-lamanya, esok lusa mungkin aku yang menyusul pula.
dia datang dengan rindu, dia datang dengan pilu, mungkin kerana perbuatan aku..emosi..

..kemanakah pergi kasih kita, kemanakah pergi erti SETIA...
aku dah tak larat nak lari, tak macam orang tu sanggup berlari, masing-masing ada pendirian sendiri, mungkin aku tak sekuat dia, RAPUH, aku  cepat rapuh...

..hari tu memang aku frust sangat, sangat2 frust...kekadang aku fikir rasa aku tak pernah buat apa2 yang terbaik pun untuk dia..


Tuesday, November 27, 2012

deposit

assalamualaikum...

asal masuk sini boring, asal masuk entry baru mula alasan dah lama tak masuk, dah lama tak update blog, dah tersedar dari kemalasan, kesakitan dahn lagi dan lagi dan lagi...hehe

last update bulan lepas beb, ni update semula untuk bulan ni, satu entry setiap bulan pencapaian terbaik mengalakkan pasukan bola sepak negara yang main dengan singapore baru2 ni, mcm cibai pun ada aku tengok haha, sorrylah bukan nak merendahkan martabat pemain negara tetapi alahai this is not an experiment beb.

awal bulan nih en . Y ada belikan sumthing yang bestlah yang boleh aku katakan terbaek sepanjang tahun nih, sebab memberikan servis yang terbaek jugak ( barangkali ) bukan kebarangkalian yer...alahai bila sebut kebarangkalian ambik nafas panjang dan hembus, senak perut....mengeluhlah beb, just wait n see.


oh ok pembelian en. Y yang excelent NOTE 11 alahai best beb sempena apa aku pun tak tahu just he wanna apprecite me coz  agaknyalah aku mengadu orang lain dah pakai smart pon ( actually aku pun pakai smart phone jugak tapi tak berapa mahal harga dia hahahaha.... ) ala2 jek... tapi aku rasa pemberian en. Y sangat ikhlas. ten kiu abang muahhhhhh.....150 juta kali.




Saturday, October 20, 2012

darah B+

alahai ruper-rupernya dah 2 minggu tak update blog, windu weh hahaha, yelah tong sampah bernilai nih tempat yg agak-agak bolehlah nak luahkan perasaan dan mengadu sikit2, yang banyak2 tu ngadu kepada Yang Maha Mengetahui.

alhamdulillah setelah buat blood test hari tu, dapat result yg agak membanggakanlah hehehe, bangga dapat title G, alahai, sabar jelah body sebab tu agak malas dan sering bengkak2 sendi....

nasiblah penyakit orang kayalah katanya...tapi sekuranya2 dapat jugak tahu result dan ambik pendekatan yang baiklah sebelum terlambat , past ni kena pantang makanlah bukan pantang nampak katanya lagi...

tak tahulah kata sapa kata kevin Ashari kot huhuhu....cun!


apa yang penting pantang , jaga pemakanan selepas ini, dan yang penting excersis, pasti kena berbasikal, ping pong dan segala bagailah untuk meningkatkan stamina dan mengurangkan LDL cholestrol dalam badan nih hehehe...habis skala tingginya, katanya..


Tuesday, October 2, 2012

Black & Malique - Teman Pengganti




Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



p/s al fatihah untuk yang sudah pergi ..... rahsia ini..

Wednesday, September 12, 2012

percaya padaku :)


Percaya Padaku lyrics

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Reff :

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


**

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku


Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

**

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku



p/s ........kekadang apa yang kita nak tak semestinya dia dapat penuhi, cubalah untuk belajar memahami orang lain terutamanya orang yang paling dekat dengan kita , orang yang sangat kita sayangi.....

you must  learn how to deal with the situation.

Sunday, September 9, 2012

Steelheart She Gone with Lyrics




She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

[Chorus]
Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

[Chorus: x2]

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.



for someone :(


link dari y

....just direct to the point
dapat link dari y suh baca tentang satu kisah benar ni
klik sini
kisah benar suami dan isteri, kisah pengorbanan seorang suami menjaga isteri yang sakit alahai sweet, terasa deritanya sang isteri bertarung dengan penyakitnya. terpikir waktu  y sakit perut dulu, apa yg aku dah buat kat dia...

huk huk huk buka- satu persatu en3 abg abil baca dan nangis, baca dan nangis lagi, itulah pompuan cepat sedih, airmata adalah  pasangan setia mereka. jarang kita dengar orang lelaki sanggup jaga isteri masa isteri dia sakit, silap hari bulan mesti cari lain punya, tapi ada jugak kes isteri yang tak sanggup nak jaga suami semasa suami dia sakit, ada jugak yang main kayu 3, kayu hoki, kayu rondes dan jugak tunggul kayu >.<

kalau aku sakit dan kebetulan y ada, dia pun tak berat tulang nak tolong settlekan anak2, kalau minta tolong uratkan badan pun boleh semua tempat dia tolong urutkan :)

terima kasih abang kerana mengingatkan semula tanggungjawab yang sepatutnya aku pikul!

untuk abg abil dan kak gee wish u happy one day dan dikekalkan di syurga bersama. Insya Allah.









Thursday, September 6, 2012

bila hati sakit

....salam aidilfitri dan salam kemerdekaan. masih dalam mood yang dua tu, dan masih jugak mood sakit hati. sangat mudah bagi manusia ni mencari kesalahan orang lain dan tolong menceritakan hal orang kepada orang lain, sifat hasad dengki manusia itu tidak pernah pupus dalam hati yang bernama manusia, tidak pernah letih dan mati! geram dengan segelintir kawan ni yang suka mengumpat orang. kenapa yer boleh jadi macam tu kenapa kenapaaaaa....

...dahlah tu tak malu pulak time makan boleh pulak buat2 tak tahu, mcm tak de apa2 pulak yang berlaku, yang sorang ni pulak tamak haloba, lom habis majlis dah sibuk2 nak itu nak ini ...malas sangat nak layan, tak tahulah aku ke yang emo sangat hari ni sebab letih nak settlekan jamuan bebudak sekolah nih.

Monday, August 13, 2012

assigment dan RAYA

....dah lama tak up date...


cam ner nak up date susah hati hari tu exam tak lepas....

.....senang hati lepas exam tapi kembali susah hati sebab banyak assigment dah tak terkejar dengan kerja lain yang menimbun....

....apa2 pun SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN....

........jangan stress.....buat aja, Allah bantu, Amin.

Friday, April 27, 2012

angry bird


 angry bird rumah merah :)


aku ngan angry bird, syok pulak dia hehe kesian panas, tapi kerana syok sangat tak pe, panas pun panaslah hehe.
ramai yang bagi idea termasuklah guru besar karim, tak lepas peluang untuk sumbang idea jugak hehe. best!

akhirnya rumah merah yan menang keseluruhan :) suka-suka.

Ella ~ Sepi Sekuntum Mawar Merah.wmv



my favourite song, lagu semasa sekolah rendah, waktu tu baru lepas wakil sekolah netball. Lamalah tinggalkan rumah adalah 2 minggu latihan pusat kat satu sekolah ni, lepas tu nak pisah ngan kengkawan, sedih beb kalah menang kami hadapi bersama...malangnya aku tak terpilih mewakili negeri huk huk huk bukan nasib aku beb,  tu yang buat aku lagi sedih.... layan lagu ni bila sedih :(

Monday, April 23, 2012

Tq abang


Thanks you abang belikan saya minyak wangi. Hehe . Minyak wangi saya dah lama habis. Saya suka saya suka. shopping setelah habis uak. past ni berjuang untuk yang seterusnya, so cuba untuk consentrate study. doakan saya berjaya. insya Allah.

Wednesday, April 18, 2012

my big family

bukit tinggi yang tinggi dan mahal hehehehe



together forever


perasaan nak jadi jepun kui kui kui


facial



nak bagi tahu sakit giler bila wat facial, sebab dah lama tak wat facial...tapi best giler rasa bersih, aku suka rasa bersih tu :)

Monday, April 16, 2012

dah lama tak update

.....dah hampir 3 minggu tak update blog, pasal apa pasal tak cukup jari jemari nak type, lepas satu, satu isu yang timbul tapi tak ada kesempatan nak tulis.

...perkara berbangkit, follow up dari kejadiaan hari tu, lepas 2 minggu ada seorang sarjan call mr. y , apa nak kata terhenti member makan waktu tu tengah menghadap makan tengahari. tup tup dia suh g balai, pening member nih.

esok, dapat berita adik ipar y bapak dia meninggal dunia pulak , perghhh satu lagi hal beb,tapi yang hidup pasti mati, janji Tuhan tetap tak lewat tak cepat...al fatihah untukk arwah semoga rohnyer dirahmati Allah. menapak carik guru besar mintak pelepasan keluar menziarah ke KL kami hari tu.

esoknya pulak ( rabu ) cuti pertabalan agung...hehehe pendekkan cerita terbang jugaklah rm 600 sebab kecuaian memandu ( walaupun bukan salah y ) dan lewat lapor kejadian ( mangkuk ayun )... ncd stream 0 baliklah jawabnyer..siut, nak salahkan sapa,, y dah tak nak pening2 kepala nak turun naik mahkamah terpaksalah mengaku untuk memudahkan cerita.

....yang sedihnya, orang yang dilanggar tu suami isteri dah lanjut usianyer 70an dah pun, pastu wife dia selepas kejadian dah lumpuh dah...itu yang buat y rasa makin bersalah. walaupun kejadian itu berlaku di lorong dia dan pemandu motor itu datang bergesel dengan kereta, makanya kereta tetap salah , sangat kesian pemandu kereta itu...katanya ada saksi yang lihat kejadian itu, sebab aku tak upaya nak tengok laporan mangsa, sebab aku tak dibenarkan masuk kat tempat mengadu. chaitttt porahhhhh!

Thursday, March 22, 2012

kelam

perasaan tu sampai dulu tapi at the same time aku tengah marahkan budak, jadi aku rasa sebab aku marahkan budak yang aku rasa aku tak dapat nak bezakan hint tu, so aku pendamkan ajaer, rupanya memang ada perkara yang malang tak berbau nak berlaku kepada keluarga aku. kesian y kerana dengan istilah melanggar, tapi sebenarnya orang tua tu yang langgar. bila kenderaan dengan moto, motor pula di depan, sah2 salah org naik keta dan langgar org sedangkan org tu tak ikut peraturan memotong d sebelah kiri. nasib badanlah weh


dugaan dan keredhaan dalam hati. sesak nafas.
y tentu tension dan rasalah bersalah, memang dah tahu perangai dia. memang dia lembut hati walaupun bukan salah dia.

Tuesday, January 24, 2012

pokcik kawin dah


 buah-buahan, kain sembahyang, kuih, coklat baju pasang, kasut dan beg antara barang hantaran yang dihadiahkan untuk pengantin perempuan.


 sama cantik sama padan ibarat pinang di belah dua. sabar ya pokcik hehe :)


kek kawin mokcik dan pokcik serba hijau. i like my fav color too.


my dear girl always run and play. she like too.


manis senyuman  pengantin, maklumlah raja sehari.


Akhirnya pokcik telah menamatkan zaman bujangnya, alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik. Itupun setelah berjam2 duk kat masjid depan rumah pengantin. Oklah tu ada tempat berteduh. Pelik pulak tak sampai pun air ke kuih ke untuk tetamu jauh yang datang menunggu huhu. Walaubagaimana pun yang penting semua selamat.
Antara barang hantaran untuk pengantin perempuan. Lepas habis majlis kami pun memulakan perjalanan ke Melaka pulak...next trip ok :).




Thursday, January 19, 2012

istikharah cinta


Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


edho_sigma(at)yahoo.com

p/s mengharap kasih pada yang sayang, kerana aku malu nak mintak :(




Monday, January 9, 2012

melaka river cruise

...selamat interaksi pertama hehe, dapat jugak bersenang lenang di melaka setelah seharian memeningkan kepala kerana input yang banyak. alhamdulillah mr. y sanggup korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk sewa homestay kat melaka ni Jalan Bachang. menginap di Adeleen Villa dengan aman sekali selama 3 hari 2 malam itu, harganyer pun berpatutan rm 270 jek rege kawan2.

jom layan gambar.
 adeleen villa

sungai melaka

entah bila pulak dapat naik nih hehe,pastinya ini kali ke 2.