assalamualaikum.
pembuka bicara...
berbulan-bulan tak update blog
hari ni tergerak hati nak update blog. ni belanja gambar sikit.
gambar tengok bola pahang lawan jdt. memang berbaloi2lah pergi dengan semangat gagah yang ada.
dah lama tak mengarang macam budak sekkolah pulak mengarang esei.
bertemankan llagu fav anak keclku yang cantik lagi manis #imannursurfina.... dari tadi dia isabella...dia isabella...so aku on kan utube biar dia dengar...sambil itu aku melayan halwa telinga jugak...memang kelas suara amy search ni.
......daun daun kekeringan....haluan hiduku terpisah dengan isabella, tapi aku terpaksa demi cintuku yang sedia ada. biarlah isabella menunggu dan menunggu dan menunggu? sampai bila pun aku tak tahu. (merapu).
...cik adik ni jadi mangsa peneman. siba baik ada peneman ni kalau tak entahlah mcmana... kredit to mak yang jugak sebab sanggup mempertaruhkan si rara untuk teman mama na ke stadium.
banyak dugaan nak gi tengok bola ni. tapi bila dah kehendak hati nak pergi kena kuatkan hati. yang penting keizinan daripadanya,
....pengalaman telah mendewasakan memantangkan fikiran. pahit getir yang telah dilalui guruku sejati... itu kuncinya. okay nak sambung menaip tapi dah tak de idea... nanti boleh cerita lagi banyak lagi cerita nakcerita dan dikongsikan di sini.
I lose my way And it's not too long before you point it out I cannot cry Because I know that's weakness in your eyes I'm forced to fake A smile, a laugh everyday of my life My heart can't possibly break When it wasn't even whole to start with
Wednesday, December 24, 2014
Sunday, October 12, 2014
BIG sem 6
Nama : Nurul Nurliyana bt
Mohd Nasir
No Kad Pengenalan : ?
PPG Ambilan Jun 2011
REFLEKSI BIG FASA 6
Pelaksanaan
Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati
diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri
dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti
yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan
dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa
bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus
globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman
yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan
guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta
guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan
dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah
yang berkesan.
Pada
BIG Fasa 6, saya telah menjalankan program lawatan penanda aras di Sekolah
Rendah Arab JAIM Batang Tiga Timur, Bukit Rambai , Melaka. Bertolaknya kami dari
IPGKPM dengan menaiki bas IPG dan
setibanya di sana kami ditaklimatkan oleh Pengerusi tentatif pada hari
tersebut. Kami telah disambut dengan meriah oleh Guru Besar SR Arab Batang 3
Timur, Bukit Rambai iaitu Pn. Faizah binti Hj. Ab Karim beliau sangat
bersemangat memberi penerangan mengenai sekolah beliau dan mempunyai staff yang
rajin berusaha dan bersemangat untuk mengajar. Beliau juga membenarkan
guru-guru beliau untuk terus sambung pengajian. Beliau juga merupakan Guru
Besar Cemerlang.
Selepas
ucapan alu aluan dari guru besar, kami telah mendengar taklimat Guru Cemerlang
Pemulihan Khas iaitu Pn. Zaidah binti Abu Bakar. Beliau juga bersemangat memberi
penerangan dan dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi pengalaman dan idea yang
telah beliau curahkan untuk mendidik anak bangsa dan memberi semangat kepada guru-guru
lain sebagai tauladan guru. Pn. Zaidah merupakan Jurulatih Utama (JU)
Pemulihan dan juga telah mewakili Negeri
Melaka sebagai Peserta Kursus Pemulihan Peringkat Kebangsaan.
Antara
kebaikan sekolah ini ialah guru-gurunya sangat disiplin, fakAtor guru-guru
adalah salah satu factor yang menyumbang kepada pengiktirafan sekolah sebagai
sekolah cemerlang. Kebanyakkan guru-guru sekolah ini sangat komited kepada
kerjaya mereka dan sanggup berkorbankan masa dan tenaga untuk meningkat
prestasi sekolah mereka. Faktor lain ialah murid-murid yang cemerlang dalam
bidang pelajaran malah aktif juga dalam sukan squasy di peringkat Kejohanan Squasy Antarabangsa
Singapore.
Antara
kelemahan yang dapat saya lihat dalam program ini ialah aspek peruntukan masa,
masa 10 jam tidak cukup untuk kami mendapat maklumat keseluruhan tentang SR
Arab Batang 3 Timur ini.
Pendedahan
pada program ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan
panduan apabila sampai di sekolah nanti. Melalui lawatan penanda aras ini guru
akan jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Selain itu guru akan
lebih mempunyai ilmu dan idea dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah
nanti. Program Bina Insan Guru (BIG) dan 6 berfokus kepada memberi kefahaman
yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan
guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta
guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan
dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah
yang berkesan. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting
dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat
kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak
mungkin walaupun sudah bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk
membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain
itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan
sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan.
Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup
tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus
cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)