klik2

Thursday, November 25, 2010

saman

surat saman yang dah di bayar oleh  mr. y

...masa on day way nak gi klang umah pak sedara y, kitaorang dah kena saman yelah sekali nak gi ke kuala kangsar dan cameron highland lah tu....oh saman sebab y potong double line...opss sikaplah katakan yelah hari raya aidiladha, pak sedara dia buat korbanlah...rupa2nya kitaorang yang kena korban dulu hehehehe...apa nak buat , kecuaian diri sendiri....

...so semalam pergilah ke segamat, tujuan utama ialah nak bawa si qoid ke klinik demam dan tujuan kedua ialah untuk bayar saman kompaun rm 200 huhu, tujuan ke tiga ialah beli langsir untuk rumah baru kat keratong 3...
selepas semuanya settle, kitaorang  baliklah.. habis episod hari itu.

semalam pergi segamat lagi untuk bawa si ijlal pulak demam panas..oh dugaan sungguh, y dah sakit2 kepala dah habis satu keluarga kena demam dan sakit kepala, apa orang kata weather shock haha yelah baru turun cameron, on da way gi segamat aku bawak keta, balik tu lepas pekena nasi ayam gemas kat segamat y bawak pulak...sampai kat satu tempat y dah mengadu sakit kepala, so tukar driverlah...

dah tukar driver, aku bawak tak sampai 1 km nampak orang bagi lampu ..sah dah tentu ada polis kat depan , so aku slowkan keta, memang betullah ada polis traffic,, yang tak bestnya si abang polis ni naikkan bendera merah dia dan arahan aku ketepi jalan ..warrgghhhh...aku dah kena samannnnnn...baru bawak keta tapi dah kena saman tak aci.....si abang polis bagi salam dah bagi tahu kesalahan aku memecut 110km huhu..keta macam ni tak terasa memecut ni cik dia beritahu aku...aku bagi tahu dia saya baru jer bawak encik.....

abang polisi terus mintak ic dan lesen, apa lagi aku pun turun keta dan mintak maaf atas kecuaian aku dan mintak kurangkan sikit harga saman...mana taknyer speed trap rm 300 maaaa...banyak tu boleh beli baju sekolah dan kasut si ijlal...dia berkeras dan suh buat pilihan nak bayar sini atau nak surat saman yang akan di pos 3 minggu lagi. Aku cakap aku mintak kurang dan mintak tukar kesalahan tak pakai tali pinggan keledar supaya rege saman tu tak ler mahal sangat sebab semalam baru jek settlekan saman si y..huhuhu..
...pendek cerita gedebak gedebuk aku di suruh bercakap ngan tuan sarjan dia, sebab cik abang polisi tadi nak saman orang lain yang sama kesalahan dengan aku hehe...

tuan sarjan tanya aku kerja apa, anak berapa orang, itu kereta sapa dan akhir sekali pesanan maut untuk aku supaya sentiasa memandu ikut had kelajuan yang diberikan..tuan sarjan mintak ic dan lesen utnuk lihat-lihat dan kembalikan semula kepada aku tanpa menulis dan tanpa aku sain dimana2...alhamdulillah nyaris nak kena saman rm 300, syukur sangat, setelah ucap banyak2 terima kasih aku pun berlari dapatkan y...ni semua salah y hehehe, tapi ada himahnyerkan tukar driver, agaknya kalau y yang bawak mesti kena saman lagi...

so aku masih bersih daripada kena saman....:)

p/s rakan2 blogger jangan bawak laju2 tau




Tuesday, November 23, 2010

cameron


mmm cantikkan pemandangan kat cameron highland..ni jek untuk tatapan kengkawan buat panas hati pada yang belum sampai ke sana...
tapi yang tak bestnya sebab tak dapat nak minum2 kat situ sambil menikmati udara pagi yang nyaman, si qoid pulak wat perangai biasala hero sorang tu mana nak duduk jek mesti ada agenda, kebetulan pulak first week cuti sekolah dan cuti hari raya aidil adha ramai yang berkunjung ke sana, masa nak pergi tu wah traffic giler masa nak  ke homestay, kita orang menginap kat marina homestay rege dia rm 180 okaylah tu( no aircon ) haha...masa nak jejalan esok paginya pun sesak jugak huhu wat panas hati lagik sebab tak dapat naik ke brinchang untuk ke kea farm strawberi huhu sad sad...


so qoid yang tak menang kaki dia..




Wednesday, November 17, 2010

geram




.....hari yang  geram, bila kita kata jangan seperti disuruh2..
nah kau kena dah kan....

Tuesday, November 16, 2010

happy birthday iman

iman sudah satu tahun.
ayah and the sweet princess
kek birthday iman..wanna to share.
qoid lah paling seronok bab membelah kek :)


selamat hari raya aidiladha

selamat hari raya aidiladha untuk semua yang beragama islam, rakan2 blogger beraya dimana? hehehehe, fina beraya di keratong rumah mak SYOK giler..

sambil bergembira ingatlah mereka yang berduka, mereka yang dilanda banjir seperti di kedah, dilanda debu seperti di indonesia dan dilanda peluru seperti di gaza, palestin oh sangatlah menderita...