klik2

Sunday, May 22, 2011

rumahku syurgaku



Rumahku adalah syurgaku bukan utk diimpikan tapi harus

diusahakan. Kebahagiaan tdk dtg begitu sahaja, harus ada 

upaya. Suami-isteri harus saling memahami hak dan kewajipan 

masing2 sehingga rumah tangga itu tetap utuh. Dengan saling 

memahami dan berusaha utk saling memberikan yg terbaik, 


Insya Allah rumah syurgawi akan mnjd kenyataan bukan hanya 

impian* Baiti Jannati..

Thursday, May 12, 2011

yasmin

hampir 2 bulan dah aku layan yasmin, yang aku tahu hari ke 10  atau ke 11 mesti ada sedikit pendarahan...entahlah orang lain ada ke tidak, entahlah jugak normal ke tidak bagi aku, yang pastinya cukup je tarikh mesti 'datang'.

dan pada deretan hari yang sama jugak aku gerenti loya2 sakit kepala moody dan sebagainya seperti hari ini, tapi tak tahulah jugak keadaan persekitaran pun membantu dengan cuaca yang sangat panas nih...

....dan sakit lama aku pun datang kembali dugaan....





Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu, mak, umi, mama, mummy

...sejak bergelar ibu, aku  baru tahu apa erti kasih sayang seorang ibu...huhu baru sebaris ayat aku dah terasa sebak menaip....emosikan..itulah emosi seorang ibu hatinya mudah tersentuh, kalau tengok cerita sedih hatinyer akan menangis... yelah kang menangis depan anak2 malulah pulak.


...sejak bergelar itu ini aku tahu betapa pentingnya ada anak...seorang ibu tak lengkap kalau tak de anak, yelah biarlah sekali pun anak itu anak angkat..seronok kan bila anak2 panggil kita ibu...bu..bu ..bu yelah walaupun kekadang rasa bosan hehehe kejap itu ibu nak itu ibu nak kencing ibu , nak makan ibu segala bendalah ibu ibu ibu...syukur alhamdulillah....aku yang bergelar ibu..


...terima kasih mak yang melahirkan dan  membesarkan aku, terima kasih umi terima aku seadanya...



Wednesday, May 4, 2011

Saat2 terindah ii

salam....dah lama aku tak mengupdate blog nih ..yelah bila ada problemo barulah terhegeh-hegeh nak update blog, kononnyer nak luahkan perasaan kat blog supaya lebih selesa selepas dapat luahkan perasaan kat 'tong sampah ' ni hehehe...

entah nak luahkan apa pun aku tak tahu tension ke aku atau sengaja nak bermanja2 kat sini...lalalala
.....aku akui kehidupan ini tak semestinya dalam perancangan, membina perancangan sendiri dan diakhiri dengan ketidakselesaan atau langsung tidak dapat memenuhi perancangan...mengimpikan sesuatu yang indah tetapi dengan sekelip mata sahaja hilang begitu saja...semuanya kalah kepada keadaan.
MENGHARAP TINGGAL HARAPAN, MENATAP PULANG TINGGAL TATAPAN.

rasa tak puas hati, rasa bosan, semuanya ada harap dapat melemparkan jauh2 supaya hati menjadi tenang dan selesa. semoga dapat bergembira semula....mengingati saat yang terindah!