klik2

Wednesday, June 30, 2010

rejab 2010

fadhilat bulat rejab yang aku copy dari blog kak myza persona hehehe, semoga dapat dijadikan panduan.
ehem ehem...bila aku nak puasa bulan rejab ni isk isk sedih sedih mengenangkan nasib diri :(




Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.


Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.


Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,


Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.


Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.


Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.


Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.


Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.


Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.


Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.


Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.


Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.


Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.


Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.


Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.


Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.


Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.


Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.



Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari,sekurang-kurangnya sebuku roti.





myMetro | Bayi menggigil

myMetro | Bayi menggigil

Saturday, June 26, 2010

A famosa, Melaka



...bosan kerana perancangan untuk ke Ayer Hitam tidak menjadi, jadi aku uploadlah gambar pergi ke A Famosa Melaka cuti Wesak baru-baru ni....huhuhu
Kawasannya sangat luas, ada pohon2 untuk berteduh, ada time2 dia berombak wah seronok sangat suailah nak bawak family datang berkunjung.
hehe jalan yang kitaorang lalu ni, permulaan perjalanan ok jek, sampai satu simpang lagi dah sesat baru, kalau ikutkan perjalanan tak lah jauh sangat dari umah aku...excited sangat nak pergi.
seronok diaorang ni mandi air...qoid, uncle joe, ijlal, adam , pak long, uncle J , dinie dan naufal...pucat2 semua jari marinya.
memang cantik tempat ni, waktu ni tiket masuk rm 40 ringgit seorang, tapi lepas mandi ada disediakan makanan dan air, tiket jangan hilanglah ye. Boya pun ada sewa boya rm 20, nanti dia pulangkan deposit rm 10 bila pulangkan boya, yang penting boya jangan hilang hehe..:)

tokbak dan tok man bersama iman tak lepaskan peluang, cuma dapat tengok air jelah ..huhu..
iman waktu ni baik lah tu, tak meragam dan sebagainya...yang ruginya akulah tak dapat nak mandi jugak huhuhu...
nanti kalau ada waktu free leh rr datang balik dan mandi sepuas, puasnya...

Friday, June 25, 2010

korang layan bola aku layan drift

huhu layan cerita ni malam ni di saat2 mereka2 itu melayan bola , apa2 pun harap dapat dengar berita gembira dari portugal..yeah!!!



Thursday, June 24, 2010

“My Mind is the Scene of the Crime”

apa rahsia saya yang paling berharga dalam fikiran saya yang saya tidak mahu dicuri ialah rahsia menyimpan rahsia saya dalam fikiran saya agar tidak dicuri oleh orang lain..macam mana pulak begitu ya...faham ke tidak ni!..

Sypnosis

Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) seorang pencuri mahir, mutlak terbaik dalam seni berbahaya pengekstrakan: mencuri rahsia-rahsia berharga dari dalam dalam separa sedar semasa keadaan yang diimpikan apabila fikiran ialah padanya paling lemah. Keupayaan luar biasa Cobb telah membuat dia seorang pemain idaman dalam dunia baru yang sebegini curang pengintipan korporat, tetapi ia juga telah membuatkan dia seorang pelarian antarabangsa dan menelan belanja dia semuanya dia pernah ada disayangi. Kini Cobb sedang ditawarkan satu peluang di penebusan. Satu kerja berterusan boleh memberi dia hidupnya kembali tetapi hanya jika dia dapat mencapai mustahil—penubuhan. Sebaliknya....oppsss kena tengok lah nanti yer...:)


poster

lost


dah lama tak nengok cerita ni sebab tak dan nak tengok tv, sibuk je memanjang ..hehe baru2 ni sekolah ku dah kehilangan beberapa orang gur sebab berpindah , jadi guru ganti ppun masih belum sampai..entah ada entah tidak guru yang akan mengantikan guru-guru yang telah berpindah tu...so banyak kerja sampai favorite story pun tak leh nak tengok..huhu trylah beli ni kot haha..

Saturday, June 19, 2010

suka2 jer...

ragam si iman.

8.5kg


mmm iman sekarang dah masuk 7 bulan ..hari tu gi timbang dan gi cucuk 6 bulan , lewat cucuk sebab klinik dah kehabisan ubat wah gitu pulak dah, dah buat appoiment tapi ubat tak de..nurse tak check ke..hehehe :)

bawak si abg qoid sekali timbang jek...oklah tu, hari ni pulak si qoid demam panas..huhu time mr. y tak ada anak demam lah pulak ..aduhai tak menahan..cuti sekolah pun dah nak habis dah start sibuklah pulak next week..

iman semakin hari semakin aktif..hehe seronok tengok perkembangan iman ni, comel dan montel tak sabar nak tengok dia berjalan pulak..hehehehe