klik2

Thursday, July 22, 2010

berfoya2 dan pemantauan

...sedang jiwa aku bergelombang nak berfoya2 , bersuka-suka tapi dalam waktu yang sama jantung aku berdegup kencang mengenangkan pemantauan literasi dan numerasi pada 27-29 julai ni ..aarrgghhh nak enjoy tapi tak berapa boleh nak enjoy sangat sebab fikiran asyik teringatkan pasal pemautauan..aduhai nasib nasib....

data2 semua dah lengkap cuma masih belum dikemaskini saja..borang2 semua dah diisi cuma masih belum sempurna untuk dilihat dengan cantik, masih perlu dimurnikan apa yang patut..setakat nak tengok data dan borang2 tak apa lagi..ni dia nak nengok kita mengajarlah pulak...huhuhu tension tension...kenapalah perlu macam tu yek..sebenarnya bukan tak biasa kena observe nih. cuma tak senang diperhatikan..biasa relax jer mengajar..dah ada orang tengok jadi kekok lah pulak..

..apa2 pun esok nak jemput mr.y balik.., turun kat klia dan pick up him kat pilah je lor..kalau jadi jemput..miss u so much ..:)

Wednesday, July 21, 2010

bomoh

...entah kenapa aku leh pulak teman ctf gi jumpa bomoh huhu, bomoh yang aku jumpa ni boleh bercakap jawa..( indon )bila dia sedang menurunlah..

sedikit sebanyak banyak pesedaran yang aku perolehi dalam kehidupan berumahtangga ni..ya Allah semuanya telah dirancang...Tuhan yang menentukan...tapi sesungguhnya yang mahukan perubahan ialah dalam diri kita sendiri, pokok pangkalnya diri kita dan niat kita....

syurga di bawah tapak kaki suamikan? so thingking...???


sangat letih hari ini...tak sabar tunggu hari jumaat hehehe

Sunday, July 18, 2010

sebelum tido

...sebelum tido rasa ingin menaip pulak, baru jek habiskan kerja sekolah aku yang sepatutnya aku siapkan sebelum jumaat hari tu..alhamdulillah berjaya jugak akhirnya..esok lusa mungkin ada pulak pemantauan literasi ..aduhai cam tulah kerja..setiap pekerjaan ada pemantauan...maklumlah untuk meningkat kualiti.

pejam celik, pejam celik dah 1 dekad berkhidmat dengan kementerian pendidikan ni..semoga aku terus success dalam bidang yang aku kerjakan ni, maklumlah kalau boleh pekerjaan yang kita lakukan tu dapat juga kita bekalkan untuk ke akhirat, insya Allah semuanya bergantung pada niat kita...u r what u thinking right! Go fina..oh dah lama tak guna nama tu welcome back hahahaha.

hehe tak sabar rasanya tunggu hujung minggu ni, kekasih hati balik dan nak gi family day kat cherating bayview..lalalala...berfoya-foyalah pulak.

Wali Band-Aku Cinta Allah (Dgn Lirik Lagu)




menginsafi diri dengan mengetahui diri ini kurang ilmu....ALLAH jangan tinggal aku Ya ALLAH!..ampunkan dosa-dosaku....

Thursday, July 15, 2010

minyak naik?

nasib badan ler....

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.Petrol RON 97 - RM2.10
seliter.Diesel - RM1.75 seliter.Gula - RM1.70
sekilogramGas LPG - RM1.85 sekilogram -

Harga Gas: Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)Tong
12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)Tong
10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

past ni apa lagi nak naik lor...huhu..

Monday, July 5, 2010

akhirnya

alhamdulillah akhir dapat gak merasa sehari..hehe penat jugak tapi rasa sangat berbaloi..hari ni semua berjalan seperti biasa sehinggalah lepas rehat tadi, 3 masa waktu BM, huhu kejadian yang menyayat hati apabila aku mula memarahi seorang anak muridku yang agak aktif..si zamarul iman hendak pergi ke tandas selepas naik rehat, mau tak mengamuknya aku , apa lagi aku warning dia suh duduk diam2 dan dengar apa yang aku nak bagi tahu,dasar budak-budak yang tak reti diam nak jugak ke tandas ngan alasan sakit perut..bosan dengan rengekkannya..aku pun lepaskanlah dia ke tandas..nak dijadikan ceritanya hehe si mahathir rasa nak terkencing sangat, dia kata dia ada minta kebenaran hendak pergi ke tandas, tapi aku khusyuk mengajar budak linus membaca hehehehe..tiba-tiba aku dengar budak menangis dan bebudak lain menjerit ..oh agak kelam kabut tadi...si mahatdir dah terkencing dalam seluar..menangis sebab takut kena marah sebab kencing dalam KELAS...aduh satu kerjalah pulak mengelap air kencing...ADUSsssss....sebenarnya kejadian cam ni sangat aku rindukan sebab hampir 3 tahun aku tak holding class year one...tahun ni pulak merasa..apa nak buat tang tak nak kita lontar jauh2, tang nak guna kita pujuk sampai dapat..terpaksalah...:)

Thursday, July 1, 2010

Bawang Putih Bawang Merah - Perigi Biru





wahai perigi perigi airnya biru..
tempat bermain bermain pari dan mambang..
mohon izinkan hamba merayu ibu...
izinkan hamba merayu ibu....
bagi penawar hatiku yang bimbang...
wahai bonda ibu kandungku...
wahai bondaku bondaku si ikan kaloi...
timbullah bonda oi....
timbullah tunjukkan diri...
nasi melukut dengan sayur keladi...
nasi melukut sayur keladi...
untuk bondaku di pagi hari...
wahai bonda..ibu kandungku