klik2

Saturday, September 25, 2010

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Description:
Penyakit ini biasanya kepada bayi dan kanak-kanak akan menghidapnya.Ibubapa harus mengambil perhatian kerana penyakit ini juga boleh membawa kepada kematian.

Deskripsi 

Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..

Penyebab

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997

Cara penyakit ini merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah
penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM 
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor - Faktor Risiko 
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens 
Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda - Tanda Dan Gejala 
Di antara gejala jangkitan ialah:

Demam
Sakit tekak
Ulser pada tekak dan mulut
Sakit kepala
Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
Hilang selera makan

Komplikasi

Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti meningitis virus atau ensefalitis).

Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (myocarditis).

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian - Ujian

Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fisikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

Pemantauan

Sila hubungi doktor jika:-

Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam

Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)

Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

Kesakitan pada mulut semakin teruk.

Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Prognosis

Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Pencegahan

Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan oleh &

Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.

Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.

Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.

Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.

Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.

Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-

Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.

Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.





p/s qoid , dinie, iman tengah kena, aduhai... bersabar jelah hati...sqoid paling teruk sakit mulutnya..alhamdulillah nampak mcm dah baik dah

Thursday, September 23, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics


...sangat menyentuh hati....huhu i be there for you
arrgghh rindu sama y..tapi apakan daya..uruslah sendiri keperluan hidupmu sendiri hehehe






Wednesday, September 22, 2010

Apple - iPhone 4 - This changes everything. Again.




sesuatu yang y idamkan tapi masih belum tercapai ..huhu





ok ke tidak?

....semalam aku dapat panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menanyakan hubungan aku dengan y ok ke tidak..huhu, soalan cepu emas betullah....

...apa jawapan aku...mmmm entahlah ya, sebab akak ni duduk ngan mak ayah, so ok lah kot? kwang 3x, cam ner leh jadi cam tu...dah hampir 9 tahun kami cam ni off on off on macam suis kipas lak...( adatlah nak carik rezekikan )...

pemanggil tu nak tanya cam ner aku menjalani hidup sebagai seorang yang selalu ditinggalkan suami...adakah aku ni bosan ke, curang ke hahahahaha minta jauhlah :P, 

..bila memikirkan balik kelakar pun ada, pastu aku terus tanya y..abang hubungan kita ni ok ke tidak...aku rasa y tentu terkedu ngan soalan tu wakakakakaka...

sesok satu hari lagi upsr

qoid dan dinie pun demam huhu sian mereka.





Monday, September 20, 2010

malware detected

..hehehe beberapa blog yang aku bukak kebelakangan ni selalu keluar ini MALWARE DETECT...huhu apa kejadahnya, gerun pun ada hehehehehe...cik GOOGLE leh jawabkan ke...:P

Apapun persediaan untuk membuat scanning pada komputer menggunakan software anti-malware amatlah digalakkan.

sekolah sekolah, esok murid-murid dah nak berperang dah ..try your best!

Friday, September 17, 2010

1 hari di hari raya


aaaa... gatal lah ibu..



iman yang agak kebosanan.

sebab macam bosan jek, aku ajak y gi jejalan ke pekan bahau, ini photo hari raya pertama hehehe...tengok rumah baru kat bahau, insya Allah akhir bulan ni dapat kunci hehehe..seronok.

hari ni sekolah dah start, tadi ada majlis restu kat sekolah untuk budak upsr, tapi tak delah photo untuk majlis restu, sebab tak bawak kamera, budak kelas aku yang datang ke sekolah hari ni cum 8 orang daripada 17 hehehehe..

esok hari tak tahu lagi, mungkin 3 orang je kot..mmm , murid 2 dalam mood cuti sekolah dan raya, macam mana bebudak nak duduki upsr ni...semoga mereka sukses!

salam jumaat untuk semua.




Thursday, September 16, 2010

1609



....hehe today is my bestday...tambah satu lagi umur huhu, apa nak dikatakan, apa nak ditanyakan...seronok hari ni ramai yang wish sukses dan bahagia..some people said, no money no talk, but i said no love no life..betul ke, betul atau tidak ada aku kisahkan...;P

..to my frens i wish u all the best and i proud to be a MUSLIM..

p/s thanks y give me urs LOVE

Tuesday, September 14, 2010

150 juta kali aku nak cium dia..lol

Lirik lagu 150 juta oleh Fynn Jamal :

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?"
"apa kau buta?apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"tapi dia nangis tonton cerita korea"
"dia mungkin keras bila bersuara"
"tapi dia jelas jujur apa adanya"

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku mungkin ada tidak serasi"
"kau sangat manis,aku ini pula dawai besi"

Di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
apa kau lihat padaku, jujurkan saja
terus kau cubit daguku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"tapi sayang tahan kalau salahnya saya"
"sayang mungkin saja keras kepala"
"tapi sayang manja bila kita berdua"

Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tidak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

p/s y suka sangat lagu nih, dia yang d/loadkan aku lagu ni kat umah huhu, katanya penyanyi lain yang boleh beat yuna..hehe aku layan jelah huhu..