klik2

Saturday, October 30, 2010

kulit babi

....ibu oh ibu, ibu tengok ni, ibu nampak tak bintik2 nih.....mmmm oh dalam hati aku dah terlintas dah alamak kulit ba alif ba ya....oh!

terus google image kulit itu, sebab selama ni hanya pernah terdengar orang membicarakan tentang kasut yang di beli di pasaraya berkulit haiwan itu. Hampir sama lah jugak ( sebab pada mulanya tak dapat terima hakikat kot kulit yang di depan mata tu sama dengan image yang kat google )

....ok baru2 ni y ada beli iphone4 kat maxis segamat, y juga terus beli pouch yang turut di jual kat situ, balik umah y pun belik2lah iphone dia, ternampak ler kat pouch dia kulit haiwan berkenaan heh! apalagik mulalah was-was....

lining kulit babi
ha....nampak tak bintik2 tu

tulah sangat excited dapat barang baru, sampai tak perasaan pada mulanya, nasib baik hanya aku dan y jek yang pegang, kalau tak satu kelurga pulak kena samak, hehehe.
jadinya kami berdua bersamak ler dengan air tanah sekali dan air biasa 6 kali huhu, adalah pengalaman bersamak.





Thursday, October 28, 2010

dia copy ..aku pun copy...

....tak sangka ada jugak yang berminat nak copy artikel aku hehehehe...macam jugak aku copy artikel orang lain...tapi tak delah aku nak copy ngan gambar2 sekali..anyway seronok jugak ler bila blogwalking dan kita terjumpa hasil kita kat blog orang lain walaupun empunya blog tak bagi credit untuk kita...

....dah lama tak menaip nak isi gambar gi kursus linus, tapi cari  usb cabel lak tak jumpa, nanti2lah upload photo kat kursus, bukan banyak pun cuma nak tunjuk tempat penginapan jek hehehe..
..selamat berblog dan blogwalking..

oh azam baru untuk tahun ni berusaha berusaha...

untuk mendidik anak bangsa, melahirkan insan kamil yang berguna dan tidak buta huruf.

:: TIDAK ADA MURID YANG TIDAK BOLEH DIDIDIK::









Friday, October 22, 2010

rumah y

...oh rupa-rupanya dah nak bertemu sabtu dah, punyalah lama tak update blog, malam ni baru ada masa nak update, sabtu minggu lepas gi bahau, teman y ambik kunci rumah dia huhu...memang sangat tidak sabar yelah rumah baru dia , aku pun rasa excited lor....

....bila dah ada rumah baru, mula lah semua benda nak baru. ini baru itu baru aduhai jangan dapat 'benda; lain yang baru sudah ...huhu mintak jauh lerrr..

 corner lot
qoid n laman dia

Saturday, October 16, 2010

frusted

.....ketuk ketuk, kini nak ketuk lagi..bila tension ketuk bila frusted ketuk..eh eh ada orang nak kena ketuk ke? wakakakaka...garangnyer makcik fina!
sejak y balik hari ni baru ada masa nak mengetuk, itu pun baru je balik daripada bahau melawat mak mertua dan mengambil kunci rumah baru ( rumah y ) di desa putera bahau.

apa pasal frusted?
sebabnya tak dapat gi KL guna tambang free...hehehe, kenapa nak free duit dah tak de ke? tak boleh ke nak berjimat2. bukan senang dapat free gi KL ni....mmm sebenarnyer dah lama tak gi rombongan sekolah dengan budak2 sekolah, sebab asyik mengandung beranak mengandung beranak :)...so ingat tahun ni dapat bersama-sama bebudak enjoy rombongan ke KL tapi tak berkesampaian jugak huhuh..maka patahlah hati... ku harap janjimu tetap, tapi ada perubahan tarikh lah pulah..patahlah di tengah jalan....sebab tarikh yang di tunda tu aku pulak kena gi kursus linus tahun 2 kat rbr ( rompin beach resort )...oh hancur hati ku di dalam nestapa, mengenangkan nasib, mengenangkan nasib diriku yang malang ...layannnnnn.



p/s syok nak gi kursus!

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

...hari ni dah hari ahad 10.10.2010...pastinya ramai yang menulis blog hari ni hehehe termasuklah aku, dan pastinya ramai yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan, pertunangan atau putus segala hubungan hehehe (ke situlah pulak).

tapi hari ni tak beri kesan pun pada aku...kerana aku menunggu hari esok ( masya Allah ), insya Allah!
sebab esok hari aku nak jemput y kat lcct hehehe..sangat gembirakan, bukan aku saje yang gembira...ada insan lain yang sangat gembira menunggu kepulangan y of cozlah anak2 aku...yang si ijlal asyik sebut ayah mana, yang si qoid lak hehehe sempat lagi mimpi panggil nama ayah dia ..aduhai..aku pulak ( :) ) hehehe sib baik tak mengigau jugak hehehe..dan nasib baik jugak iman tak pandai nak merindu lagi kat orang tua janggut ( eh dah tua ke ayah kamu sekelian hehehehe..

suka sangat type 'hehehe'...

ayah mereka yang sedap tido 

ini lah ayah yang mereka tunggu2 kan tu rindu sangat, ibu dia lagi rindu hehehe.
kan dah pecah rahsia.


Thursday, October 7, 2010

khatimah cinta

entah ler..sepatutnya aku yang kena pergi ke kursus kssr bm tahun 1, tapi hari ni ada orang lain lak replace my place hehehe, aku memang ler tak nak pergi sebab y balik hari itu, aku lebih rela jemput y daripada pergi kursus ( oh sungguh tak ada motivasi ) bukan apa aku dah set nak pergi tup tup kena ganti ngan orang lain apa nak wat...past tu  cam main tarik2 talilah pulak kejap kesian kat orang yang ganti aku sebab masih ada baby kecik yang nak susu badan  hehehe, aku sebenarnya rasa serba salah pulak dah dan rasa berbelah bagi pulak...

mula2 dia suh orang lain pergi , aku dah rasa seronok sebab tak yah gi, past tu suruh lak aku gi, sebab dia rasa bersalah suruh cikgu lain pergi...eh eh ...lu pikirlah sendiei fina nak gi ke tak nak...

khatimah cinta by six sense


Oh tidur malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam
Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi
Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati
Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi
Aku lagi
Biarku bawa
Seluruh cintamu
Ku dakap dalam
Tidur panjangku…
Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi


Wednesday, October 6, 2010

Saturday, October 2, 2010

telus

...dia mintak kita telus dengan dia  tapi dia tidak telus ngan kita.
dia mintak kita buat kerja dengan baik tapi dia buat kerja tak baik
dia mintak kita masuk ke kelas tapi dia tak masuk kelas..
dia mintak kita antar buku rekod tapi dia sendiri tak antar buku rekod
dia mintak semua perkara tapi dia tidak buat semua perkara itu....WTH..
now dia nak ugut kita pulak dengan apc bagai....so kerja dia hanya perah ugut..besar kuasa dia!





p/s dah lama tak mengetuk tiba mengetuk jer tension, huhu